Home » » Makanan diet hidangan gantian berkhasiat

Makanan diet hidangan gantian berkhasiat

Alangkah seronoknya andainya bertubuh langsing lagi bergaya. Bukan saja kelihatan ‘ringan’ malah diri terasa selesa dan lebih berkeyakinan. Masalahnya bagaimana mahu menghapuskan segala lebihan lemak di badan?

Barangkali itulah dilema mereka yang berbadan debab, tembam, berisi, gemuk ataupun obes. Ada yang menggunakan pelbagai cara, menyertai bermacam program kelangsingan badan dan tidak kurang pula yang mengamalkan diet yang serius.

Memang ada yang berjaya, tidak kurang juga yang gemuk semula apabila berhenti mengambil ubat atau tidak berdiet lagi. Di mana silapnya? Satu formula baru ditemui di Sweden, berupa hidangan diet gantian berkhasiat dikenali sebagai Adinax TM (Adinax) yang mempunyai keistimewaannya tersendiri dalam pengawalan makanan.

Sariah Mat Sapir, 37, memberitahu beliau menghadapi masalah berat badan selepas melahirkan anak keenam. Selain merasa tidak selesa, teguran suami membuatnya berfikir betapa beliau harus melakukan sesuatu untuk membuang sedikit lemak yang ada.

”Lepas itu saya berasa takut pula apabila membaca mengenai kesan sampingan gemuk seperti mendapat kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi, hinggalah teman saya mengesyorkan Adinax. Bayangkan saya memang tidak mempunyai cukup masa untuk membuat senaman, justeru makanan diet ini amat membantu.

”Saya sendiri tidak merasa sakit kaki lagi. Malah lebih selesa dan ringan,” ujar Sariah yang sebelum ini berat badannya 75 kilogram dan kini berjaya mengurangkan 9 kilogram untuk memiliki badan 66 kilogram dengan ketinggian 1.45 meter (5′2”).

Minggu pertama, beliau mengambil Adinax sepenuhnya tanpa mengambil lain-lain hidangan. Tiga hidangan Adinax sehari selama seminggu, minggu kedua dan ketiga pula dua hidangan Adinax sehari sementara minggu keempat satu hidangan sehari.

”Kalau mengambil dua hidangan Adinax bermakna satu hidangan lagi boleh mengambil hidangan yang lain. Begitulah juga bila mengambil satu hidangan Adinax, saya mengambil hidangan lain. Kita tidak berasa lapar kerana pada masa makan kita sebenarnya masih makan Adinax,” ujarnya lagi.

Adinax yang berperisa strawberi dan coklat senang dibancuh, baik sebagai minuman ataupun ‘manisan’. Produk ini kini sudah pun menembusi pasaran di seluruh negara minggu ketiga Mac lalu dengan harga RM225 sekotak (21 paket) cukup untuk pengambilan seminggu.

Dengan keadaan dirinya sekarang, Sariah, ibu kepada empat anak lelaki dan dua perempuan, lebih yakin dengan penampilannya dan pelaburan yang dikeluarkan berfaedah.

Joshua Cheah, seorang eksekutif jualan, pula terus terang menjelaskan dalam tempoh 11 hari beliau berjaya mengurangkan 7.5 kilogram.

Minggu pertama beliau menyesuaikan waktu makan Adinax serta hidangan lain.

”Saya ni pemakan juga orangnya. Tetapi saya ingin juga kurus agar boleh memakai kemeja T yang saya berkenan. Bayangkan saya telah membelinya semasa di kolej lagi, sayangnya saya tidak boleh memakainya. Mana tidaknya dari saiz L sudah beralih ke XL. Siapa tidak panik ya? Tetapi setelah mencuba Adinax ini, saya yakin saya dapat memakai kemeja T kegemaran saya,” ujar Joshua lagi.

Menurut Joshua, Adinax sebenarnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Apabila mengambilnya seseorang itu tidak akan berasa lapar. Tidak ada kesan sampingan dan beliau bercadang untuk meneruskan pengambilan Adinax bagi mendapatkan berat badan idaman.

Sementara itu di Stockholm Sweden, di mana Adinax ditemui dan dihasilkan, ramai yang mencuba mendapati ia memberi kesan positif terhadap diri mereka yang ingin langsing dan sihat.

Irene Soo Andersson, rakyat Singapura yang menetap di Stockholm menjelaskan, sejak mengamalkan Adinax beliau merasa lebih ringan, bebas bergerak dan bertenaga.

”Lebih-lebih lagi saya tidak mempunyai pembantu rumah, semua kerja rumah perlu dibereskan begitu juga pejabat. Di waktu yang sama saya mahu kelihatan segar, tidak lesu tetapi bertenaga. Sebelum ini saya pernah mencuba formula diet yang lain tetapi kurang berkesan.

”Lantas saya disyorkan untuk mencuba Adinax, formula gantian yang bertindak dalam masa seminggu. Saya mengambilnya secara serius. Apa lagi bila sudah mencubanya seminggu seperti disarankan saya hilang tujuh kilogram,” kata Irene yang sebelum ini berat badannya 75 kilogram. dan mempunyai ketinggian 1.46 meter.

Menurutnya lagi, yang penting perlu banyak minum air dan boleh pula disulami dengan buah-buahan pada minggu pertama pengambilan Adinax, sementara fasa kedua atau ketiga mengikut jadual diri atau kesesuaian masing-masing.

Irena, 44, menjelaskan: “Pada hari pertama hingga hari ketiga pengambilannya saya berasa sungguh lapar. Perut saya menyanyi meminta makan. Saya tabahkan juga, saya tidak peduli, yang pasti saya ingin membuang lemak-lemak yang tidak diperlukan. Akhirnya saya berjaya mengatasi selera saya dan sudah tidak berasa lapar lagi.

”Saya sudah boleh menyesuaikan diri dengan produk ini dan akan terus menggunakannya untuk mempastikan berat saya sentiasa terkawal,” ujar Irene yang ingin mendapatkan berat badan unggul sekitar 68 kilogram.

Masa zaman anak daranya beliau seberat 65 kilogram sahaja. Tetapi selepas berkahwin dan beranak dua berat badannya sukar dikawal, sementelahan pula kalau balik kampung. ”Faham-faham sahajalah makanan di tanah air yang sedap-sedap itulah yang banyak lemak kerana banyak menggunakan santan.

”Tapi makanan tempatan di Sweden juga menggunakan banyak krim, kalau tidak jaga sama jugalah. Masa untuk bersenam pun tidak mencukupi,” kata Irene.

Irene bekas petugas Penerbangan Singapura yang berkahwin dengan rakyat Sweden sejak 11 tahun yang lalu menjelaskan, suaminya seorang pramugara sering memberikannya galakan menguruskan badan untuk kelihatan bergaya dan segar.

Anna Sjogren, 23, seorang penyambut tetamu di sebuah syarikat kewangan mengambil Adinax kerana mahu mengekalkan kelangsingan badan. Apabila mendapati tidak boleh memakai pakaian saiz M, beliau jadi bimbang.

”Terus terang saya katakan, saya tidak mahu memakai saiz L. Saya rasa tidak selesa. Saya mahu mengurangkan 2 kilogram untuk kembali ke berat badan normal 62 kilogram. Sebelum ini berat badan saya ialah 67 kilogram.

”Saya mengambil Adinax selama seminggu, tetapi lima hari saya kehilangan 3 kilogram. Hari ini saya mengambil Adinax 3 kali seminggu untuk menstabil berat badan saya,” ujar Anna lagi.

Mengimbas pengalaman mengambil produk ini, Anna menjelaskan beliau mula berasa berat badan bertambah bila melihat paha, perut dan pinggul kelihatan berisi. Pada masa itu beliau sudah menggunakan jenama lain tetapi kurang berkesan lalu bertukar kepada Adinax.

”Walaupun teman lelaki saya tidak nampak perbezaannya, saya puas kerana berjaya mengurangkan 3 kilogram. Saya lebih selesa kini,” ujar Anna yang mempunyai ketinggian 172 sentimeter.

Johan Ostman, 32, pengurus jualan di salah sebuah firma di Stockholm pula memberitahu, beliau mula mengambil Adinax bila mendapati beliau tidak boleh memakai seluar berenang lagi.

”Badan saya mula naik semasa saya menjalani pembedahan kerana kecederaan di bahagian telinga. Saya tidak boleh aktif lagi selepas itu. Akibatnya saya bertambah berat.

”Tugas saya pula memerlukan saya banyak meraikan rakan dan kenalan bisnes, ertinya saya perlu makan, sayangnya tidak beriadah. Bila badan sudah naik saya rasa kurang selesa, lalu mencari altenatif lain. Seorang teman mengesyorkan Adinax,” katanya.

Pada peringkat awal beliau mencuba Adinax beratnya sampai 81 kilogram tetapi menurun sehingga 78 kilogram dan kini 76 kilogram. Isterinya memahami keadaannya dan terus memberi sokongan. Beliau telah mencuba hampir tiga tahun lalu.

”Kalau badan berat, saya rasa malas untuk bergerak, saya sukakan dunia yang serba pantas. Kalau lambat kita juga akan ketinggalan, kini saya rasa lebih selesa,” ujar lelaki muda yang mempunyai ketinggian 181 sentimeter.

Kini Johan menyesuaikan cara pemakanannya dengan Adinax dan begitulah sebaiknya.

Jelas Johan, dengan ‘wajah’ dirinya hari ini, beliau kelihatan lebih baik, stabil dan yang menariknya, bukan sahaja isterinya menyenanginya tetapi dia sendiri lebih selesa dan berkeyakinan.

Oleh: TAJAIYAH IHSAN



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom