Home » » Penjagaan Wajah Usia 20an

Penjagaan Wajah Usia 20an

Memiliki kulit yang sihat dan cantik memerlukan usaha yang bukan sedikit. Dengan faktor suhu dan pemakanan yang diamalkan, kulit kita mudah terdedah Ketika ini kulit wajah anda masih lagi tegang dan kenyal. Mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika anda masih berusia belasan tahun sudah tidak kelihatan lagi. Bangga bukan saat melihat wajah anda yang sihat itu?

Bagaimanapun, itu tidak bermakna anda boleh memandang ringan soal penjagaannya. Pada usia 20an, kemampuan sel kulit untuk menjana semula pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Justeru, bagi merangsang pertumbuhan sel kulit ini, anda disarankan untuk menggunakan produk pembersih muka yang ringan kandungannya dan mengandungi fungsi pengelupasan secara teratur.

Selain pencuci wajah, jangan lupa menggunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of Dermatology, sinaran matahari merupakan salah satu faktor utama masalah penuaan kulit. Sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang mudah berminyak dan berjerawat, cubalah lakukan rawatan peeling atau pengelupasan. Pun begitu, pastikan rawatan ini dilakukan dengan betul bagi memastikan kulit mati yang ada dapat ditanggalkan sepenuhnya. Lengkapi rutin penjagaan kulit wajah dengan rawatan facial sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Produk yang diperlukan:
* Pencuci wajah yang lembut kandungannya
* Penyegar wajah
* Pelembap wajah
* Krim mata
* Krim pelindung sinaran matahari (sekurang-kurangnya dengan SPF 15)



2 Komen:

yna berkata...

Salam..terima kasih atas tips yang diberikan..sungguh bermakna terutamanya bagi saya yang usia awal 20-an ini.

Tanpa Nama berkata...

salam, boleh tanya, macam mana nak pilih sesuatu produk tu sesuai dengan kulit muka kita?

Catat Ulasan

 
Chatroom