Karnival Jualan Mega di seluruh negara membabitkan hampir semua kedai dan pasar raya dengan promosi aneka barangan membuatkan sesiapa saja rambang mata melihat penurunan harga yang tertera di kebanyakan premis.
Sebagai pengurus kewangan rumah tangga, wanita tidak seharusnya membiarkan diri dipengaruhi pelbagai iklan dan promosi disediakan kerana mungkin ada pihak yang menangguk di air keruh dengan mengambil peluang menipu pengguna ketika musim itu.
Namun tidak salah membeli-belah ketika musim jualan murah sekiranya pengguna tahu mengenai hak mereka terhadap barang yang ditawarkan ketika promosi berlangsung.
Apabila menyebut mengenai jualan mega, pastinya pengguna secara tidak langsung terfikir mengenai potongan harga yang akan memberi keuntungan kepada mereka. Walaupun mereka digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini ketika jualan murah diadakan untuk berbelanja, pengguna juga perlu mengetahui hak mereka.
Pastikan potongan harga yang ditawarkan peniaga adalah betul dan tepat. Jika tidak tepat atau pengguna mengesyaki peniaga melakukan penipuan, laporkan pada pihak berkuasa kerana kita mempunyai badan khusus memantau harga yang ditawarkan peniaga.
Pengguna patut peka dengan harga barang yang dibeli sebelum ini kerana ada sesetengah kedai akan menaikkan sedikit harga berbanding harga biasa di luar promosi. Mereka mungkin memikirkan pengguna tidak ambil perhatian mengenai harga yang dikenakan, tetapi kita sebagai pengguna mesti peka mengenai barangan yang kita lazim beli dan guna.
Malah, sebagai pelanggan anda boleh menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha memantau peniaga yang tidak menjalankan apa yang mereka tawarkan kepada pengguna.
Rancang terlebih dulu barang yang anda ingin beli atau cari ketika mengunjungi jualan murah. Contohnya untuk menyambut Aidilfitri, mungkin barang terbaik yang boleh dicari di jualan besar-besaran itu ialah pakaian.
Begitu pun, pastikan pakaian yang dibeli itu adalah bersaiz besar sedikit kerana anda tidak akan terus memakainya kecuali pada hari raya yang akan menjelang kira-kira dua bulan dari sekarang. Selain tidak perlu berebut-rebut membeli-belah untuk hari raya, anda mungkin mendapat potongan harga yang memuaskan hati.
Pengguna perlu mengambil kira banyak perkara sekiranya ingin berbelanja ketika musim jualan mega atau karnival beli-belah berlangsung kerana pada musim ini, banyak barang atau keperluan yang ditawarkan berkemungkinan besar akan menjadikan pengguna rambang mata.
Jika diperhatikan, pengguna cenderung membeli pakaian mengikut fesyen dan bukan fungsi. Perlu diingat ‘fesyen’ adalah bermusim, manakala ‘fungsi’ pula meletakkan pakaian yang dibeli boleh diguna sepanjang masa.
Justeru, dalam keadaan ekonomi yang belum pulih ini, pengguna wajar berbelanja dengan berhemah dan tidak melakukan pembaziran sama ada dari aspek wang ringgit atau masa.
Petua berbelanja secara berhemah
Rancang ‘perjalanan’ membeli-belah anda sebaik mungkin supaya tidak membazir wang dan masa.
Kenal pasti atau sediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya anda tidak rambang mata apabila melihat deretan barangan di premis dimasuki
Sekiranya membeli barangan makanan, pastikan anda menyemak tarikh luput produk berkenaan.
Sebelum keluar daripada premis, semak resit belian bertujuan memastikan anda membayar barangan yang betul.
Jika membeli pakaian, cuba terlebih dulu sebelum anda membuat keputusan membelinya. Pastikan ia muat pada badan anda dan tiada sebarang kerosakan pada pakaian yang dibeli.
Kenakan sepatu yang bersesuaian ketika membeli-belah kerana anda mungkin mengambil masa lama untuk mencari keperluan.
Sekiranya anda mengetahui harga barangan yang ingin dibeli, ia adalah bonus kerana anda boleh mengadakan belanjawan berhemah sebelum menghabiskan wang tanpa merencanakan terlebih dulu apa yang ingin dibeli.
Sebaik-baiknya bawa rakan ketika membeli-belah kerana anda boleh mendapatkan pandangan beliau sebelum membeli barang.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan