Home » » Kepentingan Skrub Wajah

Kepentingan Skrub Wajah

Mungkin anda akan bertanya pada sendiri, perlukah saya menggunakan scrub wajah? Sedangkan saya telah menggunakan produk lain. Jawapannya Ya! Mungkin anda tidak mahu membeli atau menggunakan produk penjagaan wajah yang lain, atau mengambil masa untuk menggunakannya, tetapi scrub wajah antara produk penjagaan wajah yang penting.

Mengapa? Apa itu scrub wajah?

Sebelum anda mengetahui kelebihan scrub, ada baiknya terlebih dahulu kita mengetahui apa sebenarnya scrub wajah? Scrub wajah merupakan produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk wajah. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit di bahagian lain. Oleh sebab itu wajah perlu dijaga dan diberi perhatian. Salah satunya menggunakan scrub.

Terdapat beberapa sebab mengapa perlu menggunakan scrub wajah. Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). Banyak juga scrub wajah yang mengandungi pelembap, jadi ia mampu melembapkan kulit ketika sel-sel kulit mati ditanggalkan.

Tip penggunaan

Membersih wajah setiap hari tidak cukup untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap ke dalam kulit, yang mana boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan timbulnya blackheads dan breakouts. Penggunaan scrub berkesan untuk menanggalkan kotoran ini.

1.Menggunakan scrub wajah ketika mandi akan memudahkan cukuran dan menjadikan cukuran lebih licin. Ia juga mengurangkan terjadinya ingrown hairs yang disebabkan keradangan akibat penggunaan mata pisau cukur.

2.Apabila memilih scrub wajah, pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, pumice, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori.

3.Lelaki yang mempunyai jerawat tidak digalakkan menggunakan scrub kerana ia mungkin menambah keradangan pada kulit lebih teruk. Scrub membuatkan keadaan kulit wajah berjerawat menjadi lebih teruk.

4.Gunakan scrub pada suhu air suam kerana ia dapat membuka liang pori-pori dengan lebih senang. Terlebih dahulu cuci wajah anda dengan pencuci. Selepas dibilas, ambil sedikit scrub wajah dan sapu pada wajah dengan menggosoknya secara berputar pada bahagian dahi, hidung, dagu dan leher.

5.Apabila menyapu scrub, biarkan beberapa minit pada wajah agar nutrien dalam bahan scrub dapat meresap ke dalam kulit wajah. Kemudian cuci scrub ketika mandi.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom