Home » » Sinopsis Jalan Kembali Bohsia 2 ,trailer video,poster

Sinopsis Jalan Kembali Bohsia 2 ,trailer video,poster

Sinopsis filem Jalan Kembali Bohsia 2
Filem Jalan Kembali Bohsia 2 menceritakan tentang gadis bernama Amy, seorang ex-bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Filem Jalan Kembali Bohsia 2

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah sia-sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agama.

Bababk filem Jalan Kembali Bohsia 2

Pelakon Jalan Kembali Bohsia 2: Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Had, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik, Azad Jazmin dan Hetty Serlene.

Filem aksi terbitan Skop Productionn ini  ditayangkan pada 7 Jun 2012 di pawagam seluruh negara.

Trailer Jalan Kembali Bohsia 2




 
Chatroom