Home » » Elakkan pemakanan kurang sihat

Elakkan pemakanan kurang sihat

Elakkan pemakanan kurang sihat

Sebagai ibubapa yang prihatin, kita pasti menginginkan yang terbaik untuk kanak-kanak. Pemakanan mereka adalah salah satu daripadanya. Ibubapa sering melakukan beberapa kesilapan yang akan mempengaruhi pengambilan makanan anak-anak.

Berikut adalah antara beberapa tabiat pemakanan kurang sihat yang harus anda elakkan demi kesihatan anak anda:

Kurang Pengambilan buah dan Sayur

Di dalam Piramid Panduan Makanan untuk rakyat Malaysia, terdapat 5 kumpulan makanan yang mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak iaitu:

* Karbohidrat kompleks seperti nasi, mi dan roti

* Sayur-sayuran

* Buah-buahan

* Daging dan protein sayuran seperti kekacang

* Hasil tenusu seperti susu, keju dan yogurt

Di dalam hidangan makanan kebiasaan bagi kanak-kanak kumpulan makanan yang paling kurang dimakan ialah sayursayuran dan buah-buahan. Namun begitu, kedua-dua kumpulan ini mengandungi banyak vitamin dan mineral yang memainkan peranan sebagai agen antioksida untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sistem sel dalam badan kanak-kanak. Terdapat ramai ibu bapa yang menyatakan bahawa adalah sangat susah untuk memastikan anak mereka makan sayur-sayuran serta buah-buahan yang secukupnya.

Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapat hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Apabila anak anda sudah terdedah dengan amalan ini, ia dengan mudah akan menjadi satu kebiasaan kepada mereka. Terdapat kajian mengenai tabiat pemakanan kanak-kanak yang menunjukkan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 kali hidangan secara konsisten sebelum mereka dapat membiasakan diri dan menerima sesuatu hidangan itu.

Pilihlah bijiran

Satu lagi kumpulan makanan yang perlu diberi penekanan di dalam hidangan kanak-kanak ialah bijiran. Bijiran adalah seperti nasi, gandum, oat, semolina, jagung dan lain-lain bijirin yang tidak diproses. Bijiran mengandungi semua bahagian benih bijirin. Semua bahagian yang tidak diproses atau dibuang itu mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi seperti vitamin B untuk tenaga, serabut makanan sebagai pelawas dan pelbagai mineral untuk sel-sel yang lebih sihat. Serabut makanan yang terdapat di dalam bijirin membantu untuk menstabilkan kandungan gula dan membantu mereka berasa kenyang lebih lama. Karbohidrat yang telah diproses seperti biskut, kek dan makanan ringan tidak sesuai sebagai makanan harian. Oleh itu, hidangkan semasa acara-acara istimewa sahaja.

Jangan tinggalkan susu

Tabiat pemakanan kurang sihat yang sering di lihat adalah ibu bapa tidak memberikan susu kepada anak mereka setiap hari. Kebanyakan ibu bapa hari ini masih memberikan susu kepada anak kecil mereka. Tetapi, apabila mereka membesar, agak mengecewakan bila mengetahui kanak-kanak sekolah rendah yang lebih tua menggantikan susu yang berkhasiat dengan minuman berkarbonat dan minuman cordial yang manis. Minuman sebegini tidak mengandungi sebarang khasiat dan hanya kalori kosong semata-mata. Susu pula sebaliknya kaya dengan protein, kalsium, fosforus, magnesium, vitamin D dan vitamin A. Secara kolektif, semua nutrient ini membantu seseorang kanak-kanak mencapai pertumbuhan optimum, membina tulang yang kuat dan fungsi saraf yang baik.

Kanak-kanak yang sedang membesar masih memerlukan 2-3 hidangan susu sehari. Satu hidangan adalah bersamaan dengan 1 cawan susu (250 ml), sekeping keju dan satu cawan yogurt. Minuman probiotik juga mengandungi susu, dan boleh menyumbang kepada pengambilan susu seharian anak anda.

Hidangkan makanan yang bersih kepada anak anda


Kanak-kanak perlu sentiasa diberikan makanan yang bersih dan telah masak sepenuhnya untuk mengelakkan keracunan makanan yang berkemungkinan membawa maut. Keracunan makanan berlaku apabila mikro oganisma membiak pada makanan disebabkan oleh beberapa faktor seperti makanan yang masih mentah atau tercemar oleh cecair dari makanan yang masih mentah, pengendalian makanan yang kurang bersih atau membiarkan makanan pada suhu bilik untuk jangka masa lebih daripada 2 jam. Salah satu punca lain bagi keracunan makanan, selain makanan, adalah air. Air untuk diminum hendaklah dimasak sepenuhnya. Kebanyakan gerai, malah kantin sekolah juga, berkemungkinan tidak menggunakan air masak untuk membancuh minuman sejuk dan menyediakan air.

Keracunan makanan amat merbahaya bagi kanak-kanak kecil kerana sistem imum mereka tidak setanding dengan dewasa yang sihat. Tambahan lagi, disebabkan nisbah saiz dengan berat badan, hanya dengan mengambil sedikit makanan tercemar pun boleh menyebabkan kanak-kanak sakit teruk. Gejala-gejala utama bagi keracunan makanan adalah ciritbirit yang teruk, muntah, pening dan demam tinggi dalam masa beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar.

Pertimbangkan bukti ini - Satu kajian yang dijalankan oleh Yakult dan kerjasama dengan Institusi Kebangsaan Taun dan Penyakit Tifus di Kokkata, India, menggunakan strain probiotik khas Yakult, Lactobacillus casei stain Shirota, untuk menentukan sama ada probiotik boleh memainkan peranan untuk membina ketahanan usus yang lebih kuat. Kajian secara besarbesaran ini melibatkan seramai 3,585 orang kanak-kanak bawah umur 5 tahun dari kawasan perkampungan setinggan yang menghidapi cirit-birit disebabkan oleh makanan dan minuman yang kotor. Keputusan yang diterbitkan di jurnal "Epidemiology & Infection" (Epidemiologi & Jangkitan) menunjukkan bahawa Yakult boleh mengurangkan insiden cirit-birit di kalangan kanak-kanak tersebut, dan keputusan tersebut adalah signifikan dari segi statistik.

Kanak-kanak di Malaysia, tentunya tidak tinggal di dalam keadaan yang ekstrem seperti kanak-kanak di India yang terlibat dalam kajian ini. Tetapi, kalau ia boleh membantu mereka yang tinggal dalam keadaan yang daif sebegitu, pasti pengambilan probiotik setiap hari dapat memainkan peranan dalam menperkuatkan sistem imun usus kanak-kanak di negara kita juga.

Bak kata orang, kanak-kanak hidup ikut contoh. Tabiat pemakanan dari segi nutrisi juga tidak terkecuali. Jadi, amalkan tabiat ibu bapa yang cerdik - elakkan kanak-kanak anda dari tabiat pemakanan yang kurang sihat dan terapkan amalan-amalan pemakanan yang sihat dalam diri anak anda hari ini. Ia tidak terlalu awal untuk memulakannya!

- Sumber: gaya Hidup Yakult! isu No 15 (Mac 2012), Yakult (M) Sdn Bhd



 
Chatroom