Home » » Peraduan video inspirasi Dutch Lady

Peraduan video inspirasi Dutch Lady

Menangi Dana Inspirasi Masa Depan bernilai RM1.5 juta

Ibu bapa berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan video memberi inspirasi kepada anak anjuran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) bagi merebut peluang memperoleh Dana Inspirasi Masa Depan bernilai RM1.5 juta.

Peraduan video berdurasi dua minit itu sempena sambutan ulang tahun ke-50 Dutch Lady serta terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang dilancarkan semalam (13 Mac) dan berakhir 30 Jun 2013.


Ibu bapa yang berminat boleh melayari laman web www.inspiretomorrow.my dengan melengkapkan borang penyertaan elektronik serta muat naik video rakaman.





Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia Rahul Colaco berkata, dana ini adalah yang pertama kali disediakan dan diberikan kepada 50 kanak-kanak bagi membantu mereka mengejar cita-cita dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, ibu bapa berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan video peringkat kebangsaan mengisahkan bagaimana mereka memberi inspirasi kepada anak.

Katanya, daripada jumlah pemenang itu, 30 kanak-kanak akan dipilih berdasarkan video paling memberi inspirasi dan 20 kanak-kanak dipilih dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Seramai 50 kanak-kanak yang dipilih melalui peraduan ini diberikan polisi insurans RM30,000 seorang.

"Dana yang diperoleh pemenang dapat membantu merealisasikan aspirasi kanak-kanak dalam mengejar cita-cita sama ada menerusi bidang pendidikan, sukan, mahupun seni kreatif," katanya ketika pelancaran peraduan itu di Sri Pentas, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Kumpulan Media Prima Berhad Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul.

Kempen dengan kerjasama Media Prima itu menampilkan artis, Faizal Tahir dan Ziana Zain sebagai duta kepada program Dutch Lady berkenaan.



 
Chatroom