Amalan 5M untuk gaya hidup moden berkeluarga
1. Mengajak
Suami harus menjadi pembuka aktiviti dengan mengajak anak dan isteri bersama-sama melakukan kerja domestik mengikut pembahagian tugas berdasarkan jantina. Anak perempuan boleh diajak ke dapur bagi membantu ibu memasak atau melipat baju. Anak lelaki boleh melakukan tugas bersama bapa seperti membasuh kereta, membersihkan halaman atau mengutip sampah.
2. Mendorong
Sambil melakukan kerja sertakan bersama kisah masyarakat yang boleh menjadi pendorong kepada anak-anak, misalnya tujuan membasuh pinggan sendiri atau mengemas tempat tidur. Cerita ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
3. Motivasi
Ibu bapa harus memberikan motivasi kepada anak-anak dengan mewujudkan perasaan sayang dan kasihan kepada ibu bapa yang penat mencari rezeki dan perlu mengemas rumah. Ini akan mewujudkan rasa simpati kepada ibu bapa dan mereka dengan sendiri melakukan kerja rumah tanpa diminta.
4. Menyokong
Pentingnya ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak atas segala usaha dilakukan. Ibu bapa boleh mengadakan hari keluarga setiap bulan dengan mengajak anak-anak mengemas rumah, menyapu sampah dan menyelesaikan semua tugas diberi ibu bapa. Apabila setiap tugasan dilaksanakan dengan baik, berikan insentif misalnya membawa makan ke restoran kegemaran atau membelikan hadiah. Dengan cara ini, anak-anak akan berasa mereka lebih dihargai.
5. Memupuk
Setelah melakukan keempat-empat di atas, sangat penting ibu bapa memupuk nilai murni yang ditunjukkan secara berterusan. Ini boleh dilakukan melalui penceritaan dan amalan kepada anak-anak. Ibu bapa juga tidak digalakkan menunjukkan perlakuan negatif kepada anak seperti mengherdik, menengking, memukul, menghina atau menempelak jika anak tidak melakukan tugas diberikan. Ini akan hanya mewujudkan rasa benci kepada ibu bapa.