Senaman fizikal bantu hilang berat badan
Dalam usaha menangani kegemukan atau obesiti, kita sebenarnya tidak hanya menetapkan diri kepada senaman biasa yang disyorkan seperti berjalan, berenang dan berbasikal.
Kita sebenarnya boleh membuatkan ia lebih menyeronokkan dengan mencuba aktiviti yang berbeza dan baru.
Kelebihan aktiviti fizikal tangani kegemukan
Corak kehidupan sedentari boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu yang dikaitkan dengan kegemukan, diabetes jenis 2, kanser dan artritis.
Ia juga meningkatkan selera makan kita. Di bawah tahap aktiviti fizikal tertentu, rizab lemak akan menjadi amat sukar untuk di gunakan.
Badan secara automatik akan menghantar mesej kelaparan dalam usaha makan yang akan membekalkan dengan tenaga yang diperlukan.
Bagi memecahkan kitaran ini, bersenam secara tetap akan merangsang sistem saraf dan meningkatkan keberkesa na n insu l in (hormon yang dirembeskan selepas makan), yang menyekat badan menyimpan lemak.
Aktiviti fizikal, terutama yang berintensiti tinggi, dapat meningkatkan jisim otot sedikit demi sedikit.
Dengan mempunyai otot yang lebih banyak, anda akan membakar lebih banyak kalori walaupun apabila badan anda berehat!
Jadi, jika anda menumpukan kepada diet yang seimbang pada masa yang sama, ia dapat untuk melatih badan anda untuk mengurangkan berat tambahan.
Pertambahan penggunaan kalori akibat aktiviti fizikal akan menyebabkan badan anda akan memilih untuk menggunakan rizabnya.
Malah jika anda tidak kehilangan berat badan yang banyak dari beberapa minggu pertama anda bersenam, tetapi bentuk badan anda akan menjadi lebih cantik dan kukuh setiap hari.
Tambahan pula ia adalah sangat baik untuk kesihatan mental anda. Bersenam juga membolehkan anda membakar lemak yang disimpan di bahagian bawah abdomen.
Pelbagaikan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal tidak hanya bermain acara sukan. Ia boleh menjadi apaapa aktiviti berbeza yang dapat meningkatkan penggunaan tenaga anda seperti melakukan kerja rumah, berkebun atau tarian.
Bagi individu yang berharap untuk mengurangkan berat badan, dinasihatkan untuk mengamalkan senaman fizikal sederhana yang panjang (minimum 30 minit, jika boleh sekurangkurangnya 45 minit) seperti berjalan pantas, berbasikal, latihan kardio atau berenang.
Cara ini membolehkan badan menggunakan simpanan lemak sebagai bahan api. Kesan senaman ini juga akan terus membakar kalori lebih 24 jam hingga 48 jam seterusnya.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa senaman yang berintensiti tinggi dapat meningkatkan metabolisme. Selain itu, aktiviti ini juga lebih berkesan untuk mendapatkan jisim otot.
Program terbaik turunkan berat badan
Kebiasaannya disarankan kepada anda untuk melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit sehari hanyalah asas. Tetapi ia tidak mencukupi untuk menurunkan berat badan. Pakar menasihatkan anda melakukan sekurang- kurangnya 10,000 langkah sehari dan bersenam secara gigih untuk tempoh yang lama (tidak kurang daripada 30 minit) sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Jika anda menjalani kehidupan yang pasif sebelum ini, lakukan program ini secara beransuransur. Kita boleh mulakan dengan 3,000 sehingga 5,000 langkah sehari.
Tingkatkan 500 atau 1,000 langkah setiap minggu. Kita boleh dapatkan pedometer (pengukur langkah) yang banyak di pasaran untuk membantu anda.
Kepentingan mendapatkan nasihat
Langkah pertama adalah mendapatkan nasihat daripada doktor. Satu pemeriksaan perubatan akan membolehkan doktor menentukan dan menilai tahap kesihatan keseluruhan fizikal badan anda untuk memulakan sebarang aktiviti fizikal.
Doktor boleh mencadangkan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap fizikal semasa anda seperti berjalan atau berenang.
Langkah kedua adalah mendapatkan beberapa panduan daripada jurulatih bertauliah dan profesional supaya aktiviti fizikal boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan dapat memberi kesan ke atas kesihatan anda.
Ia boleh diukur melalui peningkatan kecergasan fizikal dan kesihatan kita. Adalah amat penting untuk mendapatkan nasihat daripada individu yang bertauliah dan profesional secara umum.
Apabila kita bermula berseorangan sama ada di rumah atau di luar, kita sebenarnya tidak tahu cara yang terbaik dan tidak boleh menilai tahap aktiviti semasa.
Keahlian gimnasium mahal, tetapi banyak kemudahan gimnasium dibina kerajaan boleh digunakan seperti gim rakyat dan kemudahan di taman rekreasi awam seluruh negara.
Tiada alasan lagi untuk kita tidak bersenam untuk meningkatkan kecergasan diri.
Oleh Mohd Hoesni Rahmat