Jangkitan kuman punca busuk
Saya berumur 30-an dan belum berkahwin. Sejak beberapa bulan ini saya mendapati haid saya berbau sangat busuk sehingga haid habis dalam tempoh lapan hari.
Saya tidak pasti punca perkara ini. Saya cuba mengamalkan jamu untuk mengatasi masalah dalaman saya ini, tetapi keadaan itu masih berterusan setiap kali datang haid.
----
Jika anda belum pernah menjalani aktiviti seksual sama ada penetratif ataupun tidak, risiko jangkitan seksual juga sepatutnya tiada. Bau busuk lazimnya disebabkan jangkitan kuman ataupun tisu yang luka atau mati, misalnya ulser pada polip, namun ia lazimnya tidak tertumpu kepada waktu haid saja.
Mungkin jangkitan terbabit bermula sebelum kedatangan haid sehingga berterusan sewaktu haid. Percampuran darah dan kuman boleh menjadikan kesan jangkitanseperti bau semakin ketara.
Jika bahagian kemaluan luar anda kemerahan atau bertukar warna menjadi lebih pucat, ia juga boleh menjadi petanda jangkitan yang lazimnya dari faraj.
Anda mungkin ingin menukar tuala wanita dengan lebih kerap sewaktu haid. Tetapi anda disarankan tidak menggunakan tuala wanita di luar waktu haid, memakai seluar dalam yang menyerap peluh contohnya seluar dalam buatan kapas.
Beberapa hari sebelum kedatangan haid, elok juga anda menjalani ujian swab kultur kuman yang dilakukan secara memasukkan putik kapas steril ke dalam pangkal faraj saja.
Oleh Dr Adilah Ahmat