Senaman kardiovaskular
Senaman kardiovaskular juga di kenali sebagai latihan cardiorespiratory atau panggil `kardio' adalah bentuk senaman yang meningkatkan denyutan jantung untuk kepenggunaan oksigen oleh badan.
Senaman kardio membabitkan pergerakan yang boleh meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru kita. Sama ada ia berjalan semasa membeli-belah atau berenang jauh, ia masih dianggap sebagai senaman kardio.
Ia adalah sebahagian besar daripada komponen kecergasan yang membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan, membuat kita sihat, menurunkan berat badan atau mengekalkannya, menurunkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit lain.
Manfaat senaman kardio
Terdapat banyak manfaat senaman kardio, sama ada anda mahu melengkapkan maraton anda atau hanya memperbaiki kesihatan dan kecergasan anda untuk menangani gaya hidup anda dengan lebih baik.
Ia juga menambah kesempatan mempromosikan kesejahteraan anda. Ia membolehkan jantung dan paru-paru kita untuk bekerja dengan lebih cekap dan menjadi lebih kuat.
Ia juga akan membantu dalam meningkatkan ketumpatan tulang, mengu rangkan tekanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
Melakukan senaman kardio secara kerap dapat melegakan kemurungan, meningkatkan tahap keyakinan dan memberi kita lebih banyak tenaga. Ia boleh membantu mengawal kolesterol dan tekanan darah.
Bagi mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan, kita perlu menggabungkan latihan kardio dengan latihan bebanan.
Ini kerana latihan bebanan dapat meningkatkan metabolisma dan membantu kita membakar lebih banyak kalori. Sebagai permulaan untuk menurunkan berat badan, senaman kardio anda perlulah di lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit.
Agar kita dapat merasakan manfaat yang maksimum daripada senaman kardiovaskular, disarankan untuk melakukan sekurangkurangnya tiga kali seminggu.
Pupuk rasa seronok ketika bersenam
Kadar jantung seminit anda dicadangkan antara 60 hingga 90 peratus daripada kadar jantung maksimum.
Semua orang mempunyai waktu kegemaran untuk bersenam. Jika kita bersenam pada waktu pagi sebelum sarapan, kita akan membakar terus simpanan lemak yang tersimpan terutama di dalam hati dan otot.
Senaman dapat meningkatkan tahap tenaga, mungkin ingin bersenam semasa rehat tengah hari supaya kita mempunyai tenaga yang lebih banyak untuk kerja waktu petang.
Waktu terbaik untuk bersenam
Penyelidikan menunjukkan bahawa masa terbaik untuk bersenam adalah pada waktu petang kerana suhu badan berada pada tahap yang optimum untuk bersenam tetapi ia terpulang kepada masa yang sesuai untuk anda dan apa yang bersesuaian dengan rutin harian anda.
Kita seharusnya seronok untuk membuatkan kekal dengan program senaman. Pilihlah aktiviti kardio yang kita suka, supaya kita mahu dan dapat melakukan lebih daripadanya.
Bagaimanapun, untuk mencabar tahap maksimum badan, membuatkan ia menyeronokkan dan untuk mendapatkan hasil yang terbaik, cuba kita cari kepelbagaian dalam senaman serta menyimpan rekod latihan untuk memantau kemajuan dan mengekalkan motivasi.
Oleh Mohd Hoesni Rahmat