Sarapan Sihat
Adakah anda seorang yang suka mengambil sarapan atau seorang yang suka mengabaikannya?
Sarapan merupakan amalan yang sangat penting apabila kita memulakan hari yang baru pada waktu pagi. Namun tak ramai yang mengambil berat kepentingannya.
Ini mungkin disebabkan mereka sibuk atau tergesa-gesa untuk ke tempat kerja tanpa mengambil sarapan.
Sarapan sungguh penting kerana perut kita sudah kosong pada waktu malam sebelumnya. Bayangkan anda sudah berlapar separuh malam, jadi keesokannya anda memang memerlukan diet sarapan yang seimbang supaya tubuh boleh berfungsi dengan produktif.
Setiap negara mempunyai sarapan yang berbeza-beza termasuklah negara kita ini yang sememangnya kaya dengan pelbagai makanan untuk sarapan.
Ada pembaca yang bertanya saya bagaimana untuk merancang dan memilih menu sarapan yang sihat.
Tuntutan kerja dan kesibukan yang kita hadapi, membuatkan kita lebih mudah membeli di luar dan jadikan bekalan untuk kita alas perut pada waktu pagi.
Kebanyakan pilihan sarapan seperti roti canai, makanan segera, nasi lemak dan kuih-muih yang dijual mengandungi lemak dan gula tinggi tetapi masih menjadi pilihan walaupun tidak begitu sihat untuk kita amalkan setiap hari.
Orang yang sibuk tidak mempunyai banyak pilihan, justeru untuk menjimatkan masa mereka lebih suka membeli makanan yang ada dijual di luar. Inilah dilema kepada kebanyakan orang yang bekerja.
Dalam kita memilih untuk bersarapan kita perlulah ada kesedaran untuk memastikan bahawa sarapan yang kita ambil itu adalah yang sihat dan seimbang.
Kita perlu merancang menu diet sarapan kita pada setiap hari.
Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama kita tetapi pastikan makanan yang kita ambil itu adalah kurang kandungan lemak dan gulanya.
Tidak salah untuk kita menikmati makanan seperti nasi lemak dan roti canai untuk sarapan, namun ia tidak perlulah diambil setiap hari dan jangan mengambilnya secara berlebihan.
Cuba sesekali anda sulamkan menu sarapan dengan makanan yang lebih sihat seperti bijirin. Sarapan bijirin lebih cepat disediakan selain menyihatkan.
Bijirin juga dapat membantu sistem penghadaman kita, justeru banyak penyakit yang boleh kita elak seperti kanser usus dan sembelit.
Oat antara bijirin yang dapat mengurangkan kolesterol dalam badan jika kita amalkan setiap hari.
Menikmati bijirin bersama susu mungkin cara lama yang masih kita diamalkan, justeru kita perlu sedikit sentuhan kreatif untuk menikmati bijirin dengan cara yang lebih menarik dan menyelerakan.
Cara ini membuatkan sajian sarapan tidaklah terlalu membosankan berbanding cara yang biasa.
Banyak sekali makanan yang boleh kita cipta daripada bijirin untuk menu sarapan kita. Contohnya anda boleh memasukkan bijirin dalam pankek, begedil atau bubur.
Masukkan dalam 20-30 peratus bijirin dalam makanan yang kita masak. Bijirin juga boleh dijadikan salutan untuk kuih-muih menggantikan kelapa.
Buatlah kajian daripada buku-buku, majalah atau Internet menu sarapan apa yang sihat yang boleh kita buat daripada bijirin. Pada minggu ini saya kongsikan menu sarapan yang menggunakan bijirin nestum untuk santapan waktu pagi anda. Selamat mencuba.
~ Utusan