Home » » Tips panduan diet seimbang

Tips panduan diet seimbang

Tips panduan diet seimbang
Anda bakal mempunyai hari yang hebat tetapi hari anda akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya anda mulakannya dengan sarapan yang bagus. Jadi, anda haruslah mengambil sarapan bertenaga tinggi, sihat dan seimbang untuk memberikan anda tenaga dan nutrient yang diperlukan supaya cerdas dan cergas sepanjang hari. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk memilih kombinasi makanan bagi sarapan yang sihat.

* Oat

Oat segera untuk sarapan adalah sangat bagus kerana ia mengandungi serat dan vitamin. Namun begitu, pilihlah oat yang belum diproses dengan gula kerana ia lebih sihat. Gantikan gula tersebut dengan kismis atau pun buah-buahan segar.

* 100 % bijian penuh

Bijirin yang kaya dengan serat yang mengandungi seratus peratus bijian penuh dan dihidangkan dengan susu rendah atau bebas lemak ataupun dihidangkan bersama susu soya adalah alternatif yang lebih sihat berbanding dengan bijirin yang manis. Ia juga dapat membekalkan kalsium yang diperlukan oleh badan. Mufin bijian gandum penuh dengan pisang pun merupakan satu kombinasi yang bagus untuk sarapan.


Diet Seimbang


* Kekacang

Makan roti bakar atau roti gandum bersama mentega kacang adalah cara yang baik untuk mendapatkan protein dan serat.

* Buah-buahan

Kombinasi buah-buahan segar dan yogurt rendah atau bebas lemak adalah sangat bagus untuk sarapan. Menikmati kombinasi tersebut bersama roti bakar, wafel, ataupun di dalam sandwich mentega kacang akan memberikan anda sejumlah serat dan protein yang banyak.

* Jem

Apa kata anda makan roti yang disapu dengan jem buah-buahan bersama dengan hirisan buah segar untuk sarapan ketika mengharungi kesesakan lalu lintas? Cepat dan senang untuk disediakan!

* Telur

Walaupun telur terkenal dengan kandungan kolesterolnya yang tinggi, namun tidak dinafikan bahawa telur dapat memberikan jumlah protein yang cukup untuk mengharungi hari anda.

* Smoothie

Bersarapan dengan smoothie kini merupakan satu trend terbaru. Biasanya untuk membuat smoothie, buah-buahan seperti buah beri dan pisang akan dikisar bersama yogurt rendah atau bebas lemak dan jus buah-buahan. Coklat juga boleh ditambah di dalam campuran smoothie tersebut. Ia bukan sahaja sedap, malah minuman tersebut penuh dengan nutrisi seperti antioksidan dari beri.

- Sumber: Gaya Hidup Yakult! Isu No 18 (Feb 2013), Yakult (M) Sdn Bhd

Ketahui Rahsia Diet Seimbang  di sini



 
Chatroom