Home » » Tip berpakaian mengikut bentuk badan

Tip berpakaian mengikut bentuk badan

*Segi empat bujur

Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

*Berlian

Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.

*Bujur telur

Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana.

Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

*Hourglass

Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.

*Segi tiga terbalik

Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah.

Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

*Segi tiga (buah pir)

Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom