KOTA BHARU 13 Nov. - Sebanyak 80 hingga 90 peratus wanita Kelantan terdedah kepada obesiti atau 3G (Gemuk, Gempal, Gebu) dalam hasil pemeriksaan di bawah Program Nur Sejahtera di negeri itu sepanjang tahun lepas.
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan, yang menganjurkan program itu, menyifatkan keadaan itu sebagai serius.
Pemangku Pengarahnya, Haslinda Hassan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan mengadakan bengkel sehari Wanita dan Keluarga 3G bagi memberi pendedahan dan mendidik wanita tentang bahaya obesiti.
“Kami juga akan mengadakan pameran bergerak di seluruh negeri tahun depan bagi memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan wanita dan ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui selepas bengkel itu di sini, hari ini.
Haslinda berkata, pemeriksaan di bawah program itu membabitkan tahap kolesterol, tekanan darah, kadar gula dalam badan serta beberapa jenis pemeriksaan lain.
Dalam pada itu, seorang pegawai perubatan sambilan LPPKN, Dr Hafidzah Mustakim berkata, masalah obesiti ataupun 3G itu tidak seharusnya difokuskan kepada golongan wanita sahaja.
“Ini kerana mengikut pengalaman saya, ramai lelaki tidak berani untuk berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan obesiti,” katanya.
Beliau berkata hanya golongan wanita sahaja yang sering tampil membincangkan masalah obesiti itu.
Beliau berharap kaum suami terutamanya perlu memainkan peranan dalam membantu isteri mereka mengejar berat badan yang ideal bagi mengelak penyalahgunaan ubat kurus badan yang banyak terdapat di pasaran.
Menurutnya, faktor utama wanita di Kelantan lebih cenderung kepada obesiti kerana makanan itu sendiri, ini kerana kalau tidak manis, tidak lemak maka makanan itu tidak dianggap sedap oleh mereka.
- Bernama
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan