Home » » Obesiti mengundang derita

Obesiti mengundang derita

Kegemukan atau obesiti, bukan sekadar bersaiz XXL, XL dan L tetapi lebih daripada itu. selain tampak tidak bergaya dan kurang menarik, kegemukan sebenarnya mengundang penderitaan dan kesengsaraan.

Beberapa jenis penyakit yang dikaitkan dengan kegemukan ini ialah diabetis (kencing manis), darah tinggi, masalah dan penyakit jantung, barah, mudah sedih (kemurungan) dan cepat panik.
Menurut satu kajian National Health & Morbidity yang dijalankan pada tahun (1996/97) terdapat 4 juta rakyat Malaysia yang gemuk atau obes.

Masalah berat badan dikaitkan dengan gaya hidup yang sedentari, pengaruh diet dan kuat makan.

Masalah ini lebih ketara di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi serta mereka yang bekerja di bidang perkhidmatan.

Menurut Profesor Marcin Krotkiewski, seorang pakar penyelidik berbangsa Polish di Sweden, kegemukan atau obesiti ini merupakan penyebab kematian awal yang kelima utama pada masa ini.

Prof. Marcin ialah perintis dalam pelbagai penyelidikan dan perintis dalam perihal obes. Beliau bertanggungjawab menamakan terma epal dan pear untuk menjelaskan dua ‘wajah’ taburan lemak di dalam badan lelaki dan wanita.

Menurutnya, lelaki Asia kebanyakannya memiliki bentuk epal di mana lemak banyak tertumpu di bahagian tengah abdomen. Apa bahayanya ‘epal’ dan ‘pir’?.

”Biarpun mereka tidak kelihatan gemuk andai dibandingkan dengan lelaki Barat, namun taburan lemak yang terdapat di keliling hati dan organ lain, boleh membawa ancaman strok, kegagalan hati untuk berfungsi dan diabetes,” ujarnya lagi.

Wanita pula kebanyakannya mempunyai bentuk pear di mana lemak banyak terkumpul di pinggul. Biarpun risiko lebih banyak terhadap mereka berbentuk epal tetapi tekanan untuk menguruskan badan banyak dirasai oleh wanita lebih-lebih lagi apabila terpesona dengan falsafah langsing itu menawan.

Sayangnya dalam usaha untuk membuang lemak, ramai yang mengamalkan diet yang mendadak atau mengambil apa juga pil yang tidak diketahui sokongan saintifik mengenai sesuatu produk itu. Akibatnya ada yang mengalami kesan sampingan seperti rasa mual dan pening atau loya.

Memang ada yang berjaya mengurangkan berat badan bila mengambil produk diet ini, serta kadar metabolik badan juga menurun apabila tubuh melalui ‘proses kelaparan’. Tetapi kerap kali juga dituruti dengan keinginan makan semula, semangat untuk langsing semakin menurun dan akhirnya berat badan kembali bertambah.

Beliau yang menjalankan kajian terpeinci mengenai obesiti menjelaskan, justeru petunjuk yang baik untuk memastikan kegemukan seseorang adalah dengan mengira pengedaran lemak dan satu cara lain ialah menggunakan kaedah pengiraan Indeks Jisim Tubuh.

Apakah yang dikatakan Indeks Jisim Tubuh atau BMI ini? Indeks Jisim Tubuh ialah ukuran berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang. Memandangkan ia berkaitan lemak tubuh, dikira dengan formula begini, berat kg/tinggi x tinggi (meter). Contohnya, seseorang yang tingginya 1.70 m dan berat 70 kg memiliki BM 24.2.

Terdapat lima kategori BMI bagi seorang dewasa. Kurang berat badan, berat badan sihat, lebih berat badan, obes dan terlalu obes. BMI untuk wanita dan lelaki tidak mengambil kira rangka badan atau berat otot kecuali beberapa golongan, iaitu individu bawah 18 tahun, wanita hamil atau menyusu, orang-orang tua, atlet dan ahli bina badan profesional.

Menurut beliau terdapat 700,000 kes baru diabetes setiap tahun di Amerika Syarikat, sementara risiko untuk mendapat diabetes jenis kedua 90 kali bagi mereka yang memiliki BMI 35. Diramalkan lebih 300 hingga 400 juta penduduk dunia yang menjadi obes pada tahun 2020.

Masalah kegemukan kini sudah menjadi masalah utama di kebanyakan negara di dunia sementara ‘wabak’ diabetes akan menjadi satu masalah serius dalam tempoh 20 tahun akan datang. Setiap saat seorang pesakit obes akan menghidap darah tinggi dan pengurangan berat badan pula bagaikan penawar untuk melawan serangan darah tinggi.

Prof. Marcin menambah, wanita yang mempunyai lemak yang banyak sekitar abdomen mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat barah payu dara. Selain memikirkan dari sudut kecantikan, mereka sewajarnya melihatnya dari aspek kesihatan.

Penawar

Menyedari betapa obesiti boleh memudaratkan dan memenuhi hasrat mereka yang ingin langsing serta sihat Prof. Marcin dan pasukan penyelidiknya di Hospital Universiti Sahlgren Gothenburg, Sweden telah menemui penawar bagi mengatasi obesiti ini.

Makanan diet Adinax TM (Adinax) merupakan formulasi kawalan berat badan seumur hidup yang berkesan. Berdasarkan diet rendah kalori tanpa laktosa dengan MCT.

Trigliserid Rangkaian Sederhana, bila digunakan dengan betul mampu mengurangkan berat badan dengan segera dan mengawal berat badan dalam jangka waktu yang panjang.

Ramuan istimewa ini hanya terdapat dalam Adinax dan ia meningkatkan pembakaran lemak tanpa menjejaskan otot atau ketegapan jisim tubuh anda. MCT bertindak sebagai karbohidrat istimewa yang membekalkan tenaga untuk keperluan harian anda.

Produk ini sesuai untuk penghadaman, mengelakkan sembelit, mengurangkan kolesterol serta lipid plasma di samping mempertingkatkan toleransi glukos. Ini kerana bahan ini dirumus denga protein bernilai tinggi, pelbagai vitamin, unsur surih dan zat galian. Anda boleh mengurangkan berat badan tanpa menjejaskan khasiat pemakanan.

Hidangan diet ini adalah pengganti biasa yang selamat dan sihat. Mampu membantu mengawal berat badan serta menepati gaya hidup terutamanya apabila memerlukan pengawalan berat badan serta tabiat pemakanan individu. Tersedia dalam dua perisa, coklat dan strawberi.

Lain-lain bahan yang terkandung dalamnya ialah protein soya, tepung soya, serat oat, frutose asli, MCT dari unsur kelapa dan kelapa sawit, vitamin, perisa strawberi dan beetroot.

Bagi mengurangkan berat badan dengan cepat dan efektif anda dinasihatkan mengikut petua dan program yang terbukti berkesan. Gantikan ketika hidangan pagi, tengah hari, dan malam dengan sajian Adinax selama tujuh hari. Istimewanya MCT boleh membakar lemak tanpa menjejaskan tisu otot.

Kandungan protein yang tinggi membekalkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian termasuklah digalakkan untuk bersenam.

Bagi kawalan berat badan sepanjang hayat, bolehlah menggunakan hidangan diet ini sebagai pengganti makanan biasa untuk sekali ataupun dua kali setiap hari bergantung kepada cara hidup dan tahap tenaga yang diperlukan.

Anda dihasihatkan mengekalkan pemakanan kalori normal untuk hidangan biasa.

Produk ini yang selamat dan tidak menimbulkan kesan alahan atau kesan sampingan yang pernah dilaporkan.

Menurut Pengarah Urusan Bionax Malaysia Sdn. Bhd., Aileen Chan nota panduan pengambilan Adinax boleh didapati di dalam bungkusan produk ini yang boleh dibeli di farmasi-farmasi di seluruh negara.

Pesanan

Apabila mengambil Adinax, anda digalakkan banyak minum air. Jika sukakan kopi atau teh jangan menggunakan krimer, gula mahupun susu. Anda tidak digalakkan menggunakan hidangan diet ini sebagai sumber makanan tunggal selepas tempoh satu minggu tanpa fosfat tambahan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bionax Malaysia di talian 03-7038805.

Oleh: TAJAIYAH IKHSAN



12 Komen:

admin berkata...

i like this article very much

Tanpa Nama berkata...

thanks 4 ur infomation...i really need it 4 my assigment..thanks ya..

Tanpa Nama berkata...

Really no matter if ѕomeоne doesn't understand afterward its up to other viewers that they will assist, so here it takes place.
my website: loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Hey there, Yοu've done a great job. I will certainly digg it and personally recommend to my friends. I'm confiԁent theу'll be benefited from this website.

Here is my blog post payday loans

Tanpa Nama berkata...

Greetings! Тhis is my fiгst cοmment here so I ϳuѕt wanted to give а quiсk
shout оut аnd tell you I tгuly еnjоу rеading your ρosts.
Сan you suggest any other blοgs/webѕites/forums
that сoνer thе sаme ѕubϳeсts?
Τhank you!

Here іs my web site - no credit check loans

Tanpa Nama berkata...

Ні, after reaԁing this аmazing piecе оf
wгiting i am as wеll cheerful to ѕhаrе my familiaгіtу here
with mateѕ.

Feel freе tο visit my ωеbpаge - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Нurrah! Afteг all ӏ gοt a ωebpage from wherе I be able
to actually get useful facts cοncerning my study and κnоwleԁgе.


My website; payday loans

Tanpa Nama berkata...

Thank you а lot fοr sharing this with all of
us уοu actually recognise what you are talking approximatelу!
Boоkmarκed. Kindly also talk over with mу wеb
site =). We cаn have a hyperlink exchange contrаct among us

Here is my web blog ... Instant Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Ӏ'm extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Either way keep up the excellent quality writing, it's rагe tο sеe а nice blog
liκe this one today.

Looκ аt my websitе - Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

I think the admin of thiѕ ωebsitе is tгuly woгκing hard
for his ωeb site, fοr thе reason
that heгe еveгy stuff іs quаlity based
information.

Also visit my wеbpage Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

You reallу mаke it seеm so eаsy with уour ρresentаtion but I finԁ this topic to be actually
somеthing which I think I ωould nеver understand.
It seеms too comρlicateԁ and
ѵery broad for mе. I am loοking forωаrd foг your nехt pοst, I will try to get the hang of іt!


Ηere is my homepage; New Bingo Sites

Tanpa Nama berkata...

Hi my friend! I wіsh tο say that this article is amazing,
nicе ωritten and come with almost all significant
іnfos. I'd like to look extra posts like this .

My web page: New Bingo Sites

Catat Ulasan

 
Chatroom