KEGEMUKAN atau obesiti bukan sahaja menjadikan orang itu nampak tidak bergaya dan kurang menarik sebaliknya ia mengundang penderitaan dan kesengsaraan.
Ini terjadi apabila mereka yang mengalami kegemukan atau obesiti menderita diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, barah, kemurungan dan cepat panik.
Kajian yang dijalankan pada 1996 dan 1997 oleh National Health dan Morbidility menunjukkan, 4 juta rakyat Malaysia adalah gemuk.
Kegemukan atau obesiti merupakan penyebab kematian awal yang kelima pada masa ini dan perkara ini disahkan oleh pakar penyelidik dan perintis obesiti berbangsa Poland, Profesor Krot-kiewski.
Beliau yang bertanggungjawab memberi terma bentuk badan pear atau epal berkata, setiap saat seorang pesakit obes akan menghidap darah tinggi.
Pada masa yang sama, katanya, pengurangan berat badan pula bagaikan penawar untuk melawan serangan darah tinggi.
Sayangnya, dalam usaha membuang lemak dan mendapatkan bentuk tubuh yang ideal, ramai yang menjalani diet yang mendadak atau crash diet.
Malah, ada yang sanggup mengambil apa jua pil yang tidak diketahui sokongan saintifik dan kesan sampingannya.
Menurut Ahli Farmasi Bionax, Rozita Ishak, diet secara mendadak tidak sesuai untuk kesihatan individu memandangkan dia tidak memakan sebarang makanan melainkan meminum air suam ataupun mengambil buah-buahan sahaja.
“Saya akui ada yang berjaya mengurangkan berat badan dengan cara diet mendadak,” katanya.
“Tetapi ia selalunya diiringi dengan penurunan kadar metabolisme badan disebabkan proses kelaparan,” katanya kepada Keluarga.
Selalunya kata Rozita, selepas berjaya menurunkan berat badan, keinginan seseorang untuk makan akan memuncak dan apabila keadaan itu berlaku, individu terbabit akan mudah gemuk.
Lantaran itu, beliau mengingatkan individu yang tidak mengamalkan diet lagi, perlu melihat apa yang dimakan, kuantiti makanan yang diambil serta kandungan makanan yang diambil.
Malah tidak salah jika individu itu mengambil makanan tambahan Diet Kalori Rendah seperti Adinax yang diketahui mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berkesan menurunkan berat badan seperti yang dihajati.
Sementara itu Pengarah Urusan Bionax (M) Sdn. Bhd., Aileen Chan berkata, diibaratkan formulasi kawalan berat badan seumur hidup yang berkesan, Adinax jika digunakan dengan betul mampu mengurangkan berat badan.
“Ia bertindak dalam tempoh yang pantas dan membantu mengawal berat badan dalam jangka waktu yang panjang,” katanya.
Sebagai diet kalori amat rendah tanpa laktosa dengan MCT (Trisli-serid Rangkaian Sederhana) ia dapat membakar lemak tanpa menjejaskan otot atau ketegangan jisim tubuh anda.
“MCT ini amat istimewa kerana mengelakkan kesan yoyo dengan mengekalkan kadar metabolisme tinggi semasa diet rendah kalori,” katanya lagi.
Dengan dua perisanya coklat dan strawberi ia amat sesuai untuk penghadaman, mengelakkan sembelit, mengurangkan kolestrol serta lipid plasma di samping mempertingkatkan toleransi glukos.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan