ORANG yang berbadan besar kadang-kadang berasa malu dengan saiz yang dimiliki. Chef selebrti terkenal, Zamzani Abd. Wahab, 37 atau lebih popular dengan panggilan Chef Zam pula tidak segan untuk berkongsi bagaimana beliau dapat menguruskan badan.
Bayangkan daripada berat 136 kilogram tidak lama dulu, Chef Zam kini memiliki berat badan 88 kilogram.
Sebenarnya bukan mudah hendak menjadi kurus. Segalanya bermula ketika beliau menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Hospitaliti di London pada tahun 2005. Ketika itu dia sudah mendapat berita salah satu cara untuk menguruskan badan dengan cepat dengan melakukan pembedahan pintasan gastrik iaitu kaedah memendekkan usus.
“Ketika itu saya memerlukan kira-kira RM35,000 untuk pembedahan itu di London tetapi saya tak mampu,” katanya.
Semasa di tanah air, Chef Zam menemui seorang doktor di sebuah hospital kerajaan yang menawarkan pembedahan serupa dengan kos kira-kira RM18,000.
Katanya, pada 21 September lalu, dia memulakan pembedahan memendekkan usus yang bertindak meminimumkan pengambilan makanan.
Akui Chef Zam, hari pertama pembedahan, dia tidak dapat menahan kesakitan kerana tidak boleh menjamah makanan sebaliknya hanya mampu minum tidak sampai seteguk air. Sehinggalah kira-kira seminggu dirawat di hospital itu, Chef Zam terkejut badannya turun sehingga lapan kilogram.
“Ketika itu saya gembira kerana saiz badan yang saya impikan menjadi kenyataan tetapi kesakitan yang dialami dalam tempoh pembedahan itu terpaksalah saya tanggung.
“Bayangkan ketika pulang ke rumah, saya hanya dibenarkan makan nasi bubur yang ditapis,” katanya.
Bagaimanapun dalam tempoh dua minggu kemudian kata Chef Zam, badannya kelihatan lebih lansing. Cuma pada masa ini dia banyak mengambil makanan tambahan seperti vitamin bagi membantu memberi tenaga. Katanya, tujuan melakukan pembedahan tersebut bukanlah hendak kelihatan lebih menarik semata-mata sebaliknya untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan lebihan kolestrol yang dihidapinya.
Kata Chef Zam, dia kini gembira dengan perubahan berat badannya tetapi dia menasihati mereka yang ingin melakukan perkara tersebut supaya memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.
“Saya akui, bukan mudah untuk kelihatan seperti ini. Perut saya terpaksa ditebuk sebanyak lima lubang. Malah risikonya wajah saya kelihatan agak susut,’’ ujarnya.
Selain sibuk dengan rakaman program masakan di televisyen, Chef Zam juga aktif menjadi pengacara majlis. Sesiapa yang berminat untuk memanggil beliau menjadi pengacara bolehlah berhubung menerusi emel: zamzani@kdu.edu.my
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
Thanks for the marvelous posting! I actually enjoyed reading it, you could be a great author.
I will ensure that I bookmark your blog and definitely will come back very soon.
I want to encourage that you continue your great job, have
a nice holiday weekend!
my website; diets that work
Catat Ulasan