Home » » Sheila Rusli Dalam Imej Bertudung

Sheila Rusli Dalam Imej Bertudung

PROFIL
NAMA: Sheila Rusly
TARIKH LAHIR: 18 September 1971
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Selayang Baru, Selangor.
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Azman Yahya (Jinggo)
ANAK: Uzair Haqimy, 12, dan Luth Mikhail, 7.
KERJAYA: Produser, pelakon dan pengacara
DRAMA: Debu-Debu Kota, Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba, Enot, Episod Terakhir, Cinta Penggali Kubur, Sebuah Ijtihad, Tuhan Pun Tahu
FILEM: Hantu Siang, Kembar Siam, Guru Badul, OK, Suami, Isteri & ..., MX3, Pontianak Menjerit, Diva Popular.
ANUGERAH: Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, 2004 dan 2005.
PENGACARA: Ape Ape Aje, Cita Rasa Selebriti

“Saya berdoa setiap hari di hadapan Kaabah supaya tetapkan iman kerana apa yang saya lakukan ikhlas terbit daripada hati. Tiada sesiapa pengaruhi saya termasuklah suami. Saya juga tidak minta pendapat orang lain untuk melakukan perubahan ini.

“Insya-Allah, saya akan kekal bertudung. Saya pergi menunaikan haji selama 44 hari dan sejak itu saya tidak pernah menanggalkan tudung ini. Daripada tazkirah yang saya dengar setiap kali selepas solat Isyak di Masjidil Haram, perkara yang kita selalu buat lebih 40 hari, akan kekal padanya."

-----------------

Tahun lepas musim artis dan selebriti terkenal menunaikan haji. Antaranya termasuklah Siti Nurhaliza dan Sheila Rusly. Dan alhamdulillah, kedua-duanya membuat keputusan untuk kekal bertudung. Semoga penghijrahan dari segi imej ini kekal selama-lamanya malah bertambah baik.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom