Home » » Diet pesakit buah pinggang

Diet pesakit buah pinggang

Disahkan dengan kegagalan buah pinggang bukan saja memerlukan anda menjalani rawatan dialisis tetapi juga mematuhi diet yang disyorkan. Suka atau tidak, perubahan dalam diet mesti dilakukan.

Oleh kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi seperti biasa, pesakit buah pinggang perlu banyak mengambil makanan tertentu dan mengurangkan jenis makanan yang lain bagi mengekalkan kandungan nutrien yang seimbang dalam badan mereka.

Walaupun setiap orang memiliki rejim diet yang khusus, namun ada sesetengah nutrisi yang diperlukan oleh semua pesakit. Penting atau kurang pentingnya nutrisi itu banyak bergantung pada jenis dialisis yang dipilih, sama ada PD (dialisis peritoneum) atau HD (hemodialisis).

Pakar Pemakanan Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Winnie Chee, berkata perkara paling asas, setiap pesakit perlu membezakan antara jenis rawatan yang diterima kerana ia menjadi penentu amalan pemakanan atau diet yang terbaik untuk mereka.

“Sebagai contoh, rutin diet pesakit yang menjalani rawatan PD agak kurang berbanding pesakit dengan rawatan HD. Ia kerana bagi PD, tahap kalium, garam dan bendalir dalam badan lebih rendah disebabkan pertukaran kerap menerusi PD.

Makanan segera mempunyai kalori yang tinggi dan pengambilan garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

“Namun, pesakit yang menjalani rawatan PD perlu memakan lebih banyak protein berbanding pesakit yang menjalani HD,” katanya.

Dr Chee berkata, pesakit yang memilih PD biasanya menjalani pembedahan yang kecil untuk memasukkan tiub plastik kecil ke dalam rongga peritoneum (perut).

“Larutan dialisis kemudian dimasukkan secara suntikan ke dalam rongga peritoneum untuk menyingkirkan toksin dan cecair berlebihan menerusi proses osmosis. Ketika ini, membran peritoneum berfungsi sebagai alat penapis,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan ciri proses rawatan ini, protein akan hilang menerusi membran peritoneum pada setiap kali pertukaran dialisis.

Justeru, katanya pesakit yang menjalani rawatan PD perlu meningkatkan pengambilan protein bagi memastikan jumlah protein secukupnya untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan.

“Kadar pengambilan protein yang disyorkan bagi pesakit harus dikekalkan pada tiga atau empat hidangan sehari, iaitu lebih kurang saiz tapak tangan bagi setiap hidangan, baik daging, ikan atau ayam,” katanya.

Katanya, sesetengah jenis buah-buahan misalnya pisang dan anggur, selain sayur-sayuran berdaun adalah contoh pemakanan yang memiliki kandungan kalium tinggi.

Pesakit PD katanya boleh mengambil makanan jenis ini bagi membantu mereka menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan tahap bendalir badan yang normal.

“Walaupun terdapat fleksibiliti bagi pengguna PD dari segi pengambilan kalium dan cecair yang dibenarkan, pengambilan fosforus harus dipantau kerana enapannya boleh menyebabkan tulang rapuh dan sakit sendi,” katanya.

Namun, katanya agak sukar untuk mengelakkan makanan yang mengandungi fosforus kerana ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan termasuk daging, ikan, ayam, minuman berasaskan koko, kacang selain makanan seperti tauhu, dal dan sayur kacang.

Dr Chee berkata, bagi mengatasi masalah ini, semua pesakit yang menjalani dialisis, sama ada HD atau PD, perlu mengambil pengikat fosfat (contohnya pil kalsium) untuk menyingkirkan fosfat tambahan daripada badan.

Pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah. Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah ‘diet tanpa garam tambahan’ iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak (¼ camca teh sehari).

Selain itu, pesakit perlu waspada terhadap makanan lain yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti kicap masin, sos tomato atau cili, sos ikan, sos tiram dan makanan dengan MSG. Mengelak makanan sedemikian adalah pilihan terbaik dalam diet.

“Pengurangan jumlah air kencing yang dihasilkan adalah simptom umum masalah buah pinggang yang biasanya didapati pada peringkat akhir penyakit. Akibatnya, ramai pesakit mengalami bengkak, sesak nafas dan tekanan darah tinggi disebabkan cecair berlebihan yang disimpan di dalam badan,” katanya.

Oleh kerana terapi PD membantu mengekalkan fungsi buah pinggang untuk tempoh lebih lama, pesakit yang menggunakan kaedah rawatan ini tidak perlu mengawal pengambilan cecair dengan begitu ketat kerana pengeluaran air kencing tetap dikekalkan pada tahap normal.

“Sebagai garis panduan umum, semua orang harus sedar mengenai jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi gemuk. Kadangkala, penyerapan dekstrosa (gula) dalam dialisis

boleh menyebabkan kenaikan berat badan pesakit PD. Pengambilan jumlah kalori yang betul penting untuk mengekalkan keseimbangan antara membekalkan tenaga bagi badan dan mengelakkan berat badan berlebihan,” katanya.

Jadual berikut merumuskan perbezaan antara perubahan pemakanan perlu diambil oleh pesakit yang menjalani PD dan HD:

Kelas makanan: Dialisis Peritoneum (PD)

Protein: Mengikut keperluan, keperluan protein lebih tinggi daripada pesakit HD.

Kalium: Biasanya tidak terhad melainkan tahap darah adalah tinggi.

Fosforus: Terhad.

Cecair: Lebih longgar daripada pesakit HD.

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori untuk mencegah kekurangan khasiat pemakanan. Jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori untuk mencegah kenaikan berat badan selanjutnya. Kalori daripada dekstrosa dalam dialisat perlu diambil kira.

Jenis makanan: Dialisis HD

Protien: Mengikut keperluan

Kalium: Terhad

Fosforus: Terhad

Cecair: Terhad

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori dan jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori.

Jadual ini hanyalah panduan umum mengenai jenis makanan yang sesuai bagi pesakit buat pinggang yang menggunakan kaedah rawatan berbeza. Namun, mereka dinasihatkan berbincang dengan doktor dan pakar diet buah pinggang sebelum membuat perubahan kepada amalan pemakanan untuk memastikan diet yang seimbang dan sihat.

Oleh Hafizah Iszahanid



23 Komen:

Tanpa Nama berkata...

amat berguna,,bagaimana pula cara menjaga kesihatan pesakit HD???

novus959 berkata...

Hamba Allah,

Apakah makanan diet yg sesuai untuk pesakit HD setiap hari.?

Tanpa Nama berkata...

Sunshine:
mama saya gemar makan fucuk... boleh ker dia makan benda tu. begitu juga labu...

suhaiza idris berkata...

salam semua, dulu saya sakit buah pinggang. memang frust sgt. tp dah jumpa penawarnya. alhamdulillah... dah baik pun. sue 019-3838917

Tanpa Nama berkata...

sue bleh kongsi tak penawar yg sue jumpa tu..nk cuba kt ayah sy la..

Tanpa Nama berkata...

blh tak kongsi penawar nya?

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya kalau der mslh buah pinggang perlu hadkan cecair ker...kalo urin keluar 800mls jd cecair yg ptot kner mbik bper dlm sehari

Tanpa Nama berkata...

Apa diet untuk pesakit hemodialisis..

Syamrah berkata...

Apa penawarnya?boleh kongsi?

Tanpa Nama berkata...

Its like you read my mind! You appear to know a
lot about this, like you wrote the book in it or something.
I think that you could do with some pics to drive the message home
a bit, but instead of that, this is great blog.
An excellent read. I'll certainly be back.

Here is my web blog; http://trimextrindiet.com

Tanpa Nama berkata...

Nice post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Very helpful info specifically the last part :) I care for such information a lot. I was seeking this particular information for a very long time. Thank you and best of luck.

Check out my website ... http://slimlipoplusdiet.com

Tanpa Nama berkata...

We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your website offered us with valuable info to work on. You've
done an impressive job and our entire community will be grateful to you.


my blog post: Weight Loss

Tanpa Nama berkata...

That is a very good tip particularly to those new to the blogosphere.
Brief but very precise information… Thank you for sharing
this one. A must read post!

Also visit my website: Trimextrin Reviews

Tanpa Nama berkata...

I don't know if it's just me or if perhaps everyone
else encountering issues with your website. It appears as though some of the written text in your content are running off
the screen. Can someone else please provide feedback and let me know if this is happening to
them as well? This might be a problem with my internet browser
because I've had this happen before. Kudos

Also visit my weblog slimlipoplusdiet.com

Tanpa Nama berkata...

Hey I am so happy I found your blog page, I really found you by mistake, while I was looking on Digg for something else,
Regardless I am here now and would just like to say
many thanks for a fantastic post and a all round exciting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to
read through it all at the minute but I have saved it and also
added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more,
Please do keep up the awesome work.

Look at my web blog ... http://slimlipoplusdiet.com

Tanpa Nama berkata...

saya tidak pasti samaada sya pesakit buah pnggan atau x..krana doc ckp nk investigate dlu..adakah itu brmakna sya pnghidap buah pggang..??

anak bukit berkata...

mak sy adalah pesakit buah pinggang stage 5.dah pernah buat Rawatan CAPD dan dealisis selama dua tahun.Alhamdulillah sekarang mak sy dah sihat dan pulih seperti sediakla selepas mengambil arabic gum yg di kirim oleh kawan yg berkhidmat di sudan.sesiapa yg menghadapi masalah buahbpinggang tahap kronik boleh la mencuba arabic gum yg orignal yg diimport dr sudan.sbb ianya amat mujarab.boleh hubungi sy sekiranya nak tahu macamana mak sy boleh kembali sihat slps makan arabic gum 0195491600

mohamad zakaria berkata...

Salam, saya jual Gum Arabic dari Sudan. 100% asli dalam bentuk powder, terus bancuh dengan air sejuk, lawat blog saya http://gumarab.blogspot.com/

noor herzianti berkata...

cubalah exfuze seven plus. insyallah, berkesan. 0129470597 yati

Tanpa Nama berkata...

Dimana boleh beli arabic gum ni.sy di kuantan

Tanpa Nama berkata...

Sy bru buat dialisis dlm 2 bln.. Bru2 ni sy ambik arabic gum. Alhamdulillah... Sy dapat kencing semula.. Jd.. Sy boleh minum air mcm biasa.. Klu dialisis pun.. Tarik minimum je air..

Tanpa Nama berkata...

INGIN BERKONGSI DAN MEMBANTU: SAYA PENGIDAP SAKIT BUAH PINGGANG ,KENCING MANIS,DARAH TINGGI,SAKIT BELAKANG DAN SARAF .BUAH PINGGANG HANYA SATU .SEBELAH DIBUANG KERANA BATU KARANG. BULAN 11 TAHUN 2012 SAYA DAPAT SIMPTOM SAKIT BUAH PINGGANG .MUKA DAN KAKI BENGKAK.2MINGGU TAK KENCING.SUSAH NAFAS.SAYA DIMASUKKAN DI HOSP.PUTRA JAYA ..CREATININ 1000 LEBIH!.DOKTOR BUAT DIALISIS DILEHER.BUAT 3 KALI .BILA DISCAJ SAMBUNG BUAT 6 KALI DI HOSPITAL MAWAR SEREMBAN.DALAM PADA ITU SAYA DIKENALKAN DENGAN PRODUK STEMCELL DATO SARIMAH RIMADONA WW SDN BHD. ALHAMDULILLAH SAYA BUEH KENCING ,BADAN TAMBAH SIHAT DAN CERGAS..KEMUDIAN SAYA DIRUJUK KPD PAKAR PERUNDING NEFROLOGI .SELEPAS DIPERIKSA CREATININ SAYA TURUN KE 120. DOKTOR PUN MEMBERHENTIKAN RAWATAN DIALISIS TERSEBUT.HINGGA SEKARANG SAYA TIDAK LAGI BUAT DIALISIS DAN SEMBAHYANG PUN TIDAK PERLU GUNA KERUSI...INSYAALLAH JIKA ANDA SEMUA ATAU KELUARGA ATAU KAWAN YANG KITA KASIHI INGINKAN KESIHATAN ..CUBALAH PRODUK INI..SAYA BOLIH KENAPA ANDA TIDAK ..KITA HARUS BERUSAHA..ALLAH YG MENYEMBUHKANNYA.....HUBUNGI SAYA 0122981216 ATAU LAYARI FB:MAYANG SARI PRIMADONA N9 UNTUK DAPATKAN INFO BERKAITAN TESTIMONI2 BUKAN SHJ PENYAKIT BUAH PINGGANG BAHKAN PENYAKIT2 KRONIK YG LAIN TERUTAMA KENSER! INYAALLAH..MOGA SIHAT

HJH ROHANI berkata...

SAYA TIDAK LAGI MEMBUAT DIALISIS SELEPAS MAKAN PRODUK PRIMADONA SARI STEMCELL DLM MASA 3 BULAN .SERUM CREATININ SAYA TURUN DARI 1000 LEBIH KE 120.RAMAI PENGIDAP BUAH PINGGANG TELAH HUBUNGI SAYA DAN BERPUAS HATI DGN PRODUK INI..SAYA INGIN KONGSI INFO INI KPD TUAN/PUAN .KITA BERUSAHA ALLAH YG MENYEMBUHKANNYA..HUBUNGI SAYA 012-2981216.LAYARI FB SAYA: MAYANGSARI PRIMADONA N9

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom