Home » » Iklan peragawati kurus kering tak laku

Iklan peragawati kurus kering tak laku

Kepercayaan yang peragawati kurus mampu melariskan jualan produk terbukti tidak benar apabila satu kajian terbaru sebaliknya mendakwa paparan itu hanya menjauhkan pengguna.

Media tempatan melaporkan semalam, kajian sekumpulan penyelidik Australia mendakwa paparan model kurus kering itu tidak lagi menarik minat ramai, sama ada dalam bentuk iklan di kaca televisyen dan sumber penyiaran lainnya.

Hasil kajian penyelidik Universiti Queensland itu dianggap mengejutkan kerana ramai yang percaya iklan mengetengahkan wanita kurus boleh menarik perhatian pengguna.

"Hakikatnya, imej model kurus kering gagal menarik minat wanita, khususnya, untuk membeli. Sebaliknya, iklan yang memaparkan wanita bertubuh gempal sebaliknya menarik perhatian pembeli," kata ketua penyelidik dan pakar psikologi, Phillippa Diedrichs.

Katanya, penyelidik membuat rumusan itu berdasarkan kajian membabitkan beberapa siri iklan pakaian dalam, syampu serta baju bagi majlis rasmi.

Katanya, setiap satu iklan itu dibuat dua kali ? menggunakan peragawati kurus kurus dan agak gempal. Apabila iklan itu ditunjukkan kepada 400 wanita muda, mereka tidak tertarik dengan produk dipaparkan model kurus berkenaan.

"Bagaimanapun, wanita berusia 18-25 tahun mengakui mereka tertarik dengan iklan yang dipaparkan model berbadan gempal.

"Keputusan ini membuktikan persepsi sebelum ini tidak lagi tepat," katanya.

Peragawati yang kurus tidak lagi boleh menjual produk. Ia juga membuktikan, peragawati bukannya alasan penting bagi melariskan produk, tetapi paling penting, sejauh mana pembeli berasakan iklan itu realistik dan yakin dengan diri sendiri."

Hasil kajian itu memberi tamparan hebat terbaru kepada golongan peragawati kurus kering selepas tercetus kontroversi dan disusuli kempen melarang kemunculan mereka di pertunjukan fesyen di Madrid dan Milan, tidak lama dulu yang didakwa mempromosi gaya hidup tidak sihat. ? Agensi



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom