Home » » Fatin Suhana : www.fatinsuhana.blogspot.com

Fatin Suhana : www.fatinsuhana.blogspot.com

Fatin Suhana menjual tudung, selendang, alat solek dan pakaian wanita melalui blog saya, www.fatinsuhana.blogspot.com. Nama penuh Fatin ialah Che Wan Fatin Suhana Che Wan Khalid dan baru berusia 22 tahun.

Sesekali dia juga dipanggil untuk menggayakan rekaan terkini butik-butik pakaian muslim. Biar pun secara sambilan, baginya peluang sebegitu tidak patut dilepaskan apatah lagi dia juga sangat meminati dunia peragaan.

Fatin Suhana

Fatin merupakan penuntut jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara.

Melihat kepada gaya manja gadis ini, sukar mempercayai dia seorang yang sangat berdikari. Menurutnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dihantar ke Jepun oleh bapanya untuk belajar budaya di sana.

Tempoh sebulan digunakan oleh Fatin untuk ke sekolah dan bergaul dengan penuntut di sana walaupun dia tidak mahir berbahasa negara itu.

Pengalaman itu menjadikan Fatin semakin matang biar pun di kelilingi orang asing. Malah dua tahun lalu, bersama rakan-rakan, dia mengembara ke Eropah selama sebulan.

“Mengembara membuka mata kita mengenai budaya dan cara hidup masyarakat luar. Ia juga menjadikan kita semakin berdikari dan percaya kepada kebolehan sendiri,” akhiri gadis comel itu lagi.



 
Chatroom