Home » » Pembersih muka Vaseline Men Anti Acne utk lelaki

Pembersih muka Vaseline Men Anti Acne utk lelaki

Pembersih muka Vaseline Men Anti Acne utk lelaki

Lelaki hari ini, seperti juga wanita ingin tampil menarik dan tampan setiap hari, namun kerana aktiviti seharian mereka yang aktif kadangkala membataskan penampilan kacak si jejaka.
Memahami keadaan itu Vaseline tampil dengan rangkaian produk baharu bagi memberikan kesegaran pada kulit wajah si jejaka agar kekal segar walaupun padat dengan aktiviti seharian.


Pembersih muka Vaseline Men Anti Acne mampu mengatasi tujuh masalah utama wajah, iaitu menghalang pembentukan jerawat, mengurangkan kesan cela, menghilangkan minyak berlebihan, membantu mengurangkan bintik hitam, mengecilkan liang pori, membantu mengurangkan 99 peratus bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan tanda jerawat.

Dengan menggunakan bahan aktif vitamin B3 dan Salicylic Acid serta Herbal Clay, segala kotoran mampu ditanggalkan di samping membekalkan nutrisi kepada wajah untuk terus bersih.
Penjagaan wajah tidak akan terhenti di situ, setelah dibersihkan wajah perlu kekal lembap dan tidak kusam akibat dipanah matahari seharian di tempat kerja mahupun di luar rumah.

Jadi Vaseline Face Moisturizer yang diperkasa SPF15 mampu memberikan perlindungan UV terhadap matahari terik bagi mengelakkan wajah kusam dan kekal cerah.

Ia juga difomulasikan dengan vitamin B3 dan bahan antioksidan yang mampu menghalang sehingga 93 peratus sinaran UVB serta mengekalkan keremajaan kulit agar selesa untuk aktiviti seharian.
Penggunaan yang kerap kedua-dua produk ini mampu menghilangkan kesan-kesan cela di wajah dan memutihkan kulit dalam tempoh dua minggu.



 
Chatroom