Kanta lekap Alcon Air Optix Colors kalis mendapan
Apakah yang kita perlukan untuk mendapatkan riasan mata tampak menarik? Penyamar cela? Bersama sedikit olesan bedak asas di kelopak mata? Adunan dua warna pembayang mata atau penggaris mata yang dilorek sekata pada setiap bahagian?
Semuanya mampu memberikan solekan mata yang diingini, asalkan tahu teknik dan kesesuaian rona yang bakal digunakan.
Namun, penggunaan kanta lekap berwarna juga memainkan peranan penting dalam mencetuskan riasan mata yang lebih berdimensi.
Fungsi asalnya ialah membantu penglihatan yang lebih jelas dan tanpa gangguan bagi pengguna kaca mata. Ia juga hadir dengan kuasa kanta serendah-0.00 hingga 10.00.
Bagaimanapun seiring peredaran trend dan zaman, penggunaan kanta lekap kini menjadi tuntutan fesyen dengan kemunculan pelbagai jenis serta warnanya.
Malah, ia kini satu daripada aksesori hangat bagi mereka yang gemar tampil dengan gaya berbeza.
Ia ibarat 'aksesori mudah' untuk kelihatan cantik selain memberi kebebasan kepada individu yang terbabit dalam aktiviti lasak.
Tetapi, kekeringan, keletihan dan rasa tidak selesa pada mata menjadi masalah lazim yang dihadapi pengguna kanta lekap, selain rutin penjagaan harian yang dianggap agak leceh.
Ia juga menjadi antara faktor utama ramai pengguna berhenti menggunakan kanta lekap dan beralih kepada kaca mata.
Kanta lekap Alcon Air Optix Colors bagaimanapun cuba mengubah persepsi itu dengan memperkenalkan kanta lekap lingkaran warna hidrogel silikon (SiHY) yang menawarkan enam kali ganda lebih banyak oksigen berbanding kanta lekap berwarna biasa.
Ia hasil inovasi teknologi permukaan plasma kekal ultra lembut yang memberikan tahap kelembapan yang tinggi, kalis mendapan dan memastikan keselesaan konsisten dari hari pertama hingga ke-30.
Kanta Air Optix Colors ini juga direka berasaskan bahan lotrafilcon B iaitu bahan sama digunakan untuk membuat kanta lekap Air Optix Aqua yang menawarkan kandungan air sehingga 33 peratus dan transmisi oksigen pada tahap Dk/t 138.
Menampilkan sembilan rona semula jadi, daripada warna lembut hinggalah kepada terang yang menarik, ia membantu memberikan keselesaan pada mata dan meningkatkan daya penglihatan tanpa memerlukan perskripsi.
Selain itu, teknologi cetakan warna Colorblends 3-dalam-1 digunakan untuk mendapatkan hasil kanta lekap kosmetik yang bukan saja menarik digayakan, malah selamat digunakan selain membantu mengurangkan geseran pada mata.
Jelas Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan, lapisan warna pada kanta lekap kosmetik biasa kebanyakannya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen pada mata.
"Apabila oksigen pada kanta lekap ini berkurangan, ia membuatkan mata menjadi kering dan merah, malah ada yang mula mengalami masalah penglihatan.
"Tetapi tidak ramai yang tahu atau mengambil berat mengenai perkara ini kerana lebih mementingkan penampilan dan memandang kepada kecantikan kosmetik semata-mata berbanding aspek kesihatan serta keselesaan menggunakannya.
"Akibatnya, ramai mengalami masalah bengkak kornea atau gatal dan keadaan bola mata yang kemerah-merahan. Penggunaan teknologi seperti SiHY diharap dapat membantu pengguna bergaya dengan kanta lekap menarik tanpa bimbang dengan kesihatan mata mereka," ujarnya yang turut melancarkan kempen logo baru AMO bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran pengguna dan meraikan teknologi SiHY itu.
Menurut Pengurus Besar Alcon's ASEAN Cluster Vision Care, Ryu Trento, Alcon berusaha memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna, tetapi dalam masa sama tidak mengenepikan aspek penampilan yang lebih menarik.
"Alcon bukan hanya membantu menjaga kesihatan mata, malah menawarkan faktor kecantikan menerusi pilihan warna terkini. Alcon tidak berkompromi dengan aspek keselesaan dan kesihatan juga keperluan untuk penampilan yang lebih menarik," katanya.
~ Metro