Home » » » Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Jue Aziz

Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Jue Aziz

Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Jue Aziz

Nama sebenar pelakon Jue Aziz adalah Zuliana Abd. Aziz. Jue dilahirkan di Ampang pada 18 Februari 1983. Bernaung di bawah bintang zodiak Aquarius. Jue adalah anak bongsu dari lima orang beradik. mempunyai dua orang abang dan dua orang kakak.

RAPI: Bila sibuk bekerja, bagaimana Jue mencari masa untuk berehat dan bagaimana?
JUE: Jue lebih suka duduk di rumah berbanding nak keluar. Bagi Jue, rumah adalah kawasan privasi  Jue. Jue selesa dan lebih tenang apabila berada di rumah. Memang itulah terapi untuk Jue mengembalikan tenaga yang hilang dek sibuk bekerja. Jangan tak tahu, Jue suka masak. Bila tiada apa nak dibuat, Jue akan cipta resipi baru. Jue boleh masak masakan kampung dan suka bakar kek. Puding roti dan kek coklat adalah antara pemanis mulut yang selalu Jue buat dan olah resipinya.Biasanya kalau raya, keluarga dan teman-teman akan minta Jue buatlontong dan sambal udang.


Jue Aziz

RAPI: Ada buat senaman?
JUE: Memandangkan Jue dulu olahragawati sekolah, Jue memang aktif. Dulu main bola jaring dan hoki. Jue mempunyai tubuh yang mudah berotot jadi Jue kurang ke gimnasium. Jue lebih suka berenang kerana ia mudah. Macam mana sibuk sekalipun, Jue akan curi masa untuk berbasikal (mesin senaman) di rumah. Itulah senaman paling mudah yang boleh Jue buat di rumah untuk kekal cergas.

RAPI: Apa pendapat Jue tentang kesihatan?
JUE: Jue tidak mengamalkan suplemen atau vitamin. Tambahan pula sekarang terlalu banyak pilihan, jadi tidak tahu mana yang sesuai dengan tubuh kita. Jue lebih selesa untuk mengekalkan
kesihatan secara alami sepertimendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Jue juga kena cukup
makan, kalau tak mudah letih. Pengambilan suplemen hanyalah apabila betul-betul diperlukan iaitu
apabila jadual kerja sangat padat.

RAPI: Jue amalkan sebarang diet?
JUE: Tidak. Jue sangat suka makan. Syukur kerana bentuk badan Jue sudah cukup elok. Jue mudah naik berat badan dan mudah turun. Jue makan untuk dapatkan tenaga. Jue kawal atas tujuan kesihatan. Jue tidak mengamalkan sebarang diet ketat.

RAPI: Apakah pengertian cantik buat Jue?
JUE: Jue rasa kecantikan itu datangnya dari dalam. Cantik luar adalah satu bonus, tetapi cantik dalam itu adalah yang sebetulnya.Bila kita sentiasa cantik dalaman,ia akan terpancar sendiri. Jika
petua lama pula, Jue amalkan jamu yang diminum bersama madu.Jamu yang dihasilkan sendiri oleh
arwah nenek Jue, tapi Jue dah berhenti mengamalkannya bila dah dapat bentuk tubuh yang diinginkan. Jue berterima kasih kepada ibu Jue sebab dialah yang banyak mengajar cara hidup sihat pada Jue. Jue amalkan air kosong, untuk kulit sentiasa lembap dan cantik.

RAPI: Bagaimana Jue mendefinasikan kegembiraan?
JUE: Bagi Jue, bila Jue bersama keluarga dan orang-orang yang menyayangi Jue, itulah kegembiraan
yang tidak dapat Jue gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula sekarang Jue sibuk menjaga Darwish Naufal, anak angkat Jue. Dialah permata hati Jue. Automatik boleh jadi gembira dan mengukir senyuman biar ketika itu dilanda masalah sekalipun. Kunci kegembiraan adalah bahagia dengan persekitaran kita. Jue juga tidak suka memandang serius segala gosip yang boleh buat Jue sedih. Jue belajar dari kesilapan dan nikmati hidup dengan buat perkaraperkara yang menggembirakan Jue. Itu sudah cukup.

RAPI: Penampilan Jue di luar?
JUE: Jue seorang yang ringkas. Biasanya pakai kasual dan tidak keterlaluan. Jue sukakan cermin mata. Jue kurang bersolek, lebih suka wajah polos. Biasanya kalau keluar, cermin mata adalah sesuatu yang mesti ada. Oh, ya! Jue sudah menjadi duta untuk produk Syahirah selama dua tahun. Mungkin juga akan memperbaharui kontrak tetapi masih belum ada sebarang persetujuan antara kami.

RAPI: Idola Jue? 
JUE: Sudah tentu ibu Jue! Dia seorang yang kuat semangat dan bertanggung jawab terhadap keluarganya. Dialah penguat semangat Jue dan semua perkara tentang diri Jue memang dikongsikan dengannya.

RAPI: Soalan bonus,lima perkataan yang menggambarkan tentang Jue Aziz?
JUE: Lasak, seronok, aktif, penyayang, dan berdikari.

RAPI: Pesanan buat pembaca RAPI dan peminat?
JUE: Terima kasih buat semua peminat yang menyokong kerjaya Jue selama ini. Jue mampu berdiri kukuh dalam bidang ini kerana sokongan dan semangat kalian semua. Teruskan berdoa untuk kejayaan kita bersama.



 
Chatroom