Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air
* Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas di dalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
* Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan saja. Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih saja.
* Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tidak boleh keluar langsung daripada tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada di dalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula.
* Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.
* Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigenan otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi.
* Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endorfin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.
Sejarah kelahiran bayi dalam air
* Pada 1960-an seorang penyelidik Russia, Igor Charkovsky lakukan uji kaji keselamatan dan kemungkinan kebaikan bersalin dalam air, di Soviet Union.
* Pada penghujung 1960-an, pakar obstetrik Perancis, Frederick Leboyer membangunkan idea mengenai kebaikan amalan bayi yang baru lahir berada dalam air suam bagi membantu memudahkan peralihan bayi itu dari rahim ke dunia luar dan mengelakkan sebarang kemungkinan kesan trauma.
* Pakar obstetrik Perancis, Michel Odent mengambil satu lagi langkah ke hadapan apabila menggunakan kolam yang diisikan air suam bagi mengurangkan kesakitan ibu hamil dan cara proses kehamilan. Apabila sesetengah wanita enggan keluar daripada air sehingga bersalin, Odent mulakan penyelidikan mengenai kemungkinan kebaikan bagi bayi dilahirkan dalam air.
* Hanya pada penghujung 1990-an, kelahiran dalam air diperkenalkan dan kemudian menjadi popular di Eropah.
* Kelahiran bayi dalam air di Amerika Syarikat (AS) bermula apabila pasangan bersalin di rumah tetapi kemudian diperkenalkan di hospital.
* Pada 1990-an Hospital Komuniti Monadnock di Peterborough, New Hampshire menjadi hospital pertama di AS yang mewujudkan protokol bagi kelahiran bayi dalam air.
* Pada 2005 ada lebih 300 hospital di AS menawarkan kelahiran dalam air di hospital masing-masing.
* Lebih tiga suku hospital Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan di United Kingdom menyediakan pilihan itu bagi wanita bersalin dalam air.
* Hospital Island di Pulau Pinang adalah yang pertama di Malaysia memperkenalkan kaedah melahirkan anak dalam air. Kelahiran bayi lelaki pada pertengahan Februari seberat 3.64 kg itu diketuai Pakar Perunding Sakit Puan hospital itu, Dr Narinder Singh Shadan.
* Pada 14 Jun 2009, Hospital Pantai Kuala Lumpur mencipta sejarah, menjadi hospital pertama di Lembah Klang yang menjalankan kaedah bersalin dalam air. Dr Choong Kuo Hsiang bertanggung jawab mengetuai dan menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.6 kg. Dengan kelahiran bayi berkenaan, menjadikan PHKL menjadi hospital kedua di negara ini yang memperkenalkan kaedah bersalin secara itu.
------------------------
Kaedah bersalin dalam air mungkin sudah banyak dipaparkan atau dihebahkan. Kaedah itu yang banyak diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand kini mula mencuit perhatian dalam kalangan ibu mengandung di negara ini.
Bagaimanapun, masih ramai ragu-ragu untuk memilih kaedah seperti itu kerana terlalu banyak persoalan bermain di fikiran. Ada juga yang masih kabur dan kurang faham apakah maksud sebenar bersalin dalam air. Sehinggakan pelbagai imaginasi bermain di minda dan ada yang membayangkan beberapa perkara menakutkan akibatnya menimbulkan trauma pada diri sendiri.
Tahukah anda hampir semua wanita yang memilih dan pernah melalui pengalaman bersalin dalam air mengakui kaedah itu memberikan lebih keselesaan dan merehatkan sekali gus mengurangkan rasa kesakitan ketika bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Choong Kuo Hsiang, berkata kaedah melahirkan anak dalam air diperkenalkan di hospital di Malaysia, pada 2008.
Dr Choong berkata, walaupun kaedah bersalin dalam air belum begitu meluas di negara ini, permintaan melahirkan kaedah cara itu semakin meningkat sejak tahun lalu. Bagaimanapun, di luar negara kaedah itu mula popular kepada wanita hamil, sekitar penghujung 1990-an.
Katanya, bersalin dalam air adalah salah satu alternatif bagi wanita hamil untuk bersalin mengikut kaedah yang difikirkan memberikan keselesaan serta disukainya.
"Kelahiran cara ini di Malaysia semakin diminati dan banyak permintaan. Di HPKL, dalam sebulan sekurang-kurang dua hingga tiga wanita hamil menyatakan hasrat untuk memilih bersalin dalam air. Jika dulu, kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris menetap di Malaysia tetapi kini ada pelbagai kaum termasuk Melayu," katanya ketika ditemui di kliniknya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr Choong berkata, kaedah bersalin dalam air diperkenalkan di HPKL, berikutan adanya permintaan daripada pesakit sendiri dan mereka mahu merasai kelahiran yang selesa dan kurang kesakitan.
"Untuk memperkuatkan kenyataan itu, pesakit berkenaan turut menyertakan beberapa pandangan positif wanita lain yang berpengalaman bersalin dalam air. Oleh kerana ada permintaan, HPKL membuat penyelidikan dan membentuk kumpulan perubatan khusus serta menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk menyambut proses kelahiran dalam air termasuklah menyediakan bilik bersalin yang dilengkapi kolam khas," katanya.
Beliau berkata, kaedah bersalin dalam air terbahagi kepada dua cara iaitu pertama, wanita hamil yang berendam dari awal dan sehingga bersalin dalam air manakala kedua, berendam untuk tempoh tertentu selagi mahu, tetapi kemudian beralih ke katil bagi melahirkan bayi. Kelengkapan utama disediakan bagi proses bersalin dalam air ialah bekas seperti tab mandian atau kolam kecil yang boleh memuatkan dua orang di dalamnya.
Mengenai andaian bersalin dalam air sebagai kaedah terbaik mengurangkan kesakitan bersalin, Dr Choong berkata, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menentukannya.
"Bagaimanapun, beberapa pandangan dan maklum balas diberi menganggap kaedah itu begitu merehatkan diri. Wanita hamil yang berendam di dalam air menyatakan mereka berasa cukup selesa. Malah, apabila berada di dalam air wanita hamil berasakan dirinya lebih ringan kerana air itu menyokong berat badan dan memudahkan pergerakan. Mungkin kerana berasa rehat dan cukup selesa, wanita berkenaan merasakan tempohnya bersalin lebih cepat serta tidak begitu rasa sakit seperti bersalin di atas katil," kata Dr Choong yang sudah menyambut 26 bayi menggunakan kaedah itu.
Antara faedahnya, wanita hamil mudah mengubah kedudukannya. Hubungan ibu dan bayi bukan saja intim tetapi dalam keadaan amat peribadi. Ia mampu mengurangkan trauma kepada ibu pada saat bersalin serta mampu memberi satu persekitaran baru kepada bayi.
Risikonya pula, kata Dr Choong, ada beberapa laporan di luar negara menyatakan ada bayi lemas ketika bersalin melalui kaedah itu. Tidak kurang juga, jangkitan kepada bayi disebabkan air dalam kolam atau tab mandian digunakan ketika berendam serta kes tali pusat bayi terputus apabila ditarik. Bagaimanapun, ketiga-tiga risiko berkenaan adalah begitu rendah dan dikatakan amat jarang berlaku.
"Saya tidak boleh kata, 100 peratus selamat tetapi berdasarkan fakta mengenai kelahiran kaedah bersalin dalam air di seluruh dunia ia boleh dikatakan lebih 90 peratus selamat. Malah, daripada 150,000 bayi dilahirkan dengan kaedah ini, hanya sedikit yang lemas," ujarnya.
Dr Choong berkata, wanita juga langsung tidak diberikan sebarang ubat menahan sakit. Suhu air untuk pesakit berendam di dalam tab atau kolam pula mesti sama dengan suhu badan manusia iaitu 37 darjah Celcius dan paras air pada tahap dada wanita berkenaan. Suami boleh masuk bersama atau berada di sisi kolam berkenaan untuk mengurut badan dan kaki isteri yang mungkin mengalami kekejangan. Semua itu dapat membantu menambahkan lagi keadaan lebih rehat dan tenang pada wanita hamil terbabit.
Tugas doktor pula memeriksa tekanan jantung dan memantau pesakit serta kandungan, seterusnya menyambut kelahiran bayi apabila tiba masanya. Bakal ibu itu akan berendam dalam air sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum bersalin tetapi ia bergantung keselesaannya. Biasanya, pesakit mula berendam dalam air apabila pintu rahimnya sudah pun terbuka antara empat hingga lima sentimeter.
Mengenai posisi wanita itu ketika ingin melahirkan bayi, Dr Choong berkata ia juga bergantung pada keselesaannya sama ada mahu secara duduk, mencangkung, melutut atau sebagainya.
"Ibu bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Bagaimanapun, berdasarkan kajian, posisi bertinggung adalah yang terbaik," jelasnya.
Umumnya, apabila bayi dilahirkan ia boleh bertahan dalam air untuk beberapa ketika dan ini seolah-olah sama keadaannya seperti bayi masih dalam rahim ibunya, tetapi lazimnya untuk keselamatan doktor akan menyambut terus kelahiran bayi tanpa menangguhkan masa bagi mengelakkan komplikasi.
Dr Choong turut menegaskan, kaedah bersalin dalam air tidak mengira batas usia individu, sebaliknya pesakit perlulah mempunyai kesihatan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis supaya tidak membawa risiko pada ibu dan juga bayi.
Cara bersalin pula mestilah normal dan kaedah itu lebih sesuai bagi kehamilan bukan kembar. Kaedah itu turut memerlukan tiga perkara utama iaitu pasangan perlu bermotivasi dan sudah bersedia dari segi fizikal serta mental, mendapat sokongan daripada keluarga dan proses kelahiran itu mestilah menggunakan khidmat pakar.
Pengalaman Ibu Bersalin Dalam Air
"EEIIi..tak takut ke? Sakit tak? Macam mana baby itu nanti...tak lemas ke?"
Itulah antara soalan diajukan kepada Azleen Mohd Azmee, 34, apabila menyatakan hasratnya untuk bersalin dalam air, kira-kira setahun lalu.
Sejujurnya, Azleen berkata, ketika itu beliau sendiri tidak dapat memberikan jawapan semua soalan itu, namun, tetap bertekad memilih cara bersalin dalam air dan berasa amat pasti itulah yang dikehendakinya bagi menyambut kelahiran anak pertamanya.
Ditanya mengapa kaedah itu, jawabnya, keputusan dibuat tidak dipengaruhi sesiapa dan juga bukan mengikut budaya masyarakat lain, sebaliknya bermula detik hari pertama mengetahui dirinya mengandung, apa yang diinginkan ialah bersalin secara normal dan lupakan kesakitan bakal dialami.
"Apabila artikel mengenai bayi pertama di Malaysia menggunakan kaedah itu disiarkan di akhbar, saya tertarik. Apatah lagi saya dan suami amat menyukai air, terutama aktiviti meluncur air. Malah, ketika sarat hamil saya masih berenang. Berada dalam air sentiasa memberikan saya ketenangan dan berasa nyaman sebab itulah saya mula memikirkan kaedah bersalin dalam air.
"Sebaik mengetahui kaedah itu, saya dan suami, mula mencari maklumat melalui internet. Lucunya, ketika melayari internet mencari maklumat, kami terjumpa youtube mengenai pasangan yang menyambut kelahiran bayi dalam air sambil ditemani ikan lumba-lumba. Secara bergurau, saya bertanya kepada suami mana boleh saya dapatkan ikan lumba-lumba untuk menemani saya bersalin nanti," ceritanya sambil ketawa mengingatkan detik awal kehamilan.
Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang, ketika Azleen menghadiri kelas pranatal, Dr Choong Kuo Hsiang memberi ceramah, bercerita mengenai kaedah itu dan turut memberitahu proses bersalin seperti itu ada ditawarkan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
"Saya semakin tertarik dan berpeluang bertanya lebih lanjut serta berbincang mengenai kaedah itu dengan Dr Choong. Penerangan Dr Choong meyakinkan saya kaedah itu selamat dan tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya sambil membelai anaknya yang kini sudah berusia 14 bulan.
Suami Azleen, Roman Engel yang juga warga Jerman sentiasa memberi sokongan kepadanya dan setuju dengan keputusan dibuat. Begitu juga keluarga Azleen terutama ibu, bersikap terbuka dengan pilihan itu, sekalipun belum ada ahli keluarga lain yang pernah melalui pengalaman bersalin seperti itu.
Pada 12 November 2010, Azleen selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.45 kg menerusi kaedah bersalin dalam air, di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Bayi yang diberi nama, Nala Katrina itu tampak sihat dan aktif, malah cukup mesra dengan sesiapa.
"Nala membesar dengan sihat. Dia suka sangat dengan air, malah ketika umurnya baru dua bulan, sudah diajar berenang," katanya sambil melayani kerenah dan gelagat Nala yang tampak lasak dan tidak boleh duduk diam.
Bercerita pengalaman dan kesakitan yang dialami ketika bersalin, Azleen berkata, ramai bertanya khususnya rakan wanita mengenai perasaannya dan adakah kaedah bersalin seperti itu kurang menyakitkan berbanding bersalin di atas katil.
"Saya beritahu mereka, saya tidak boleh bandingkan antara kedua-dua kaedah itu kerana itulah pengalaman pertama saya bersalin dan tidak pernah lagi bersalin di atas katil. Tetapi apa yang saya boleh katakan, berada dalam kolam berisi air ketika dalam keadaan sakit hendak bersalin ia seolah-olah mencipta dunia saya sendiri dan berasa diri dilindungi dan selamat. Saya juga rehat dan berasa berada dalam keadaan cukup peribadi," jelasnya.
Bagaimanapun, Azleen tidak menafikan antara kebimbangannya bersalin dalam air ialah jika berlaku tali pusat bayi terbelit. Namun, perasaan negatif itu dibuang jauhjauh, sebaliknya yakin dengan kemampuan dan kepakaran doktor dalam menangani hal itu.
Mengimbas detik cemas hendak bersalin, Azleen memberitahu doktor menjangkakan beliau bersalin pada 8 November 2010. Namun, apabila tiba tarikh itu masih tiada tanda-tanda, sebaliknya Azleen hanya berasa sakit pada keesokan hari selepas makan malam. Jam 9 malam, suami membawanya ke hospital, selepas mendapati keluar darah sedikit, tetapi selepas pemeriksaan didapati belum tiba lagi waktu hendak bersalin dan dibenarkan pulang.
"Sebaik saja tiba di rumah, berlaku lagi kontraksi kali ini setiap 30 minit. Ketika itu saya masih boleh bertahan tetapi jam 6 pagi, kontraksi makin kerap. Apabila keadaan berlanjutan, jam 10 pagi suami membawa saya semula ke hospital. Selepas membuat pemeriksaan dan memastikan saya sihat untuk bersalin dalam air, jam 12.30 tengah hari doktor membenarkan saya masuk ke kolam. Sepanjang berada dalam air, saya sedikit pun tidak rasa hendak keluar manakala suami sentiasa menemani saya di luar kolam. Hinggalah jam 2.54 petang, saya selamat bersalin. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Selepas mendakap bayi dan mendengar tangisannya saya berasa cukup lega," ceritanya.
Oleh Nor Affizar Ibrahim