Lelongan dalam talian
Terfikir untuk membida di lelongan dalam talian, atau menjual beberapa barangan anda. Lelongan internet adalah sumber terbaik untuk pembeli dan penjual, tetapi anda perlu peka akan isunya. Berikut adalah beberapa tip penting yang harus anda ketahui:
* Nilaikan berapa cepat anda mahu menerima barang yang anda sedang di bida, dan sama ada anda sanggup ia dihantar lambat, atau tidak dihantar langsung. Kebanyakan rungutan mengenai penipuan lelongan internet termasuklah penghantaran lambat, tidak dihantar, atau penghantaran produk yang tidak sama kualitinya seperti yang diiklankan.
* Sama ada anda pembeli atau penjual, baca Terma Penggunaan di setiap tapak lelongan sebelum menggunakannya buat kali pertama. Tapak lelongan mungkin mengenakan caj bayaran, mengikut peraturan yang berlainan atau menawarkan perlindungan yang berlainan.
* Fikirkan dengan teliti cara pembayaran anda. Ketahui jalan keluar anda jika sesuatu masalah timbul. Jangan hantar wang tunai dan jangan menggunakan perkhidmatan pemindahan wang.
* Jangan balas e-mel "phishing" mesej yang kelihatan seperti dihantar oleh laman web lelongan atau perkhidmatan bayaran dan meminta kata laluan anda atau maklumat peribadi lain.
* Kenali siapa yang berurusan dengan anda. Elakkan menjalankan perniagaan dengan penjual yang anda tidak dapat kenal pasti, terutamanya sesiapa yang cuba mengumpan anda keluar dari tapak lelongan dengan menjanjikan urus janji yang lebih menguntungkan. Sahkan nombor telefon penjual jika anda mempunyai soalan atau masalah.
* Tahu dengan tepat apa yang anda sedang bida. Baca dan cetak satu salinan butiran produk daripada penjual dengan teliti, terutamanya huruf bercetak halus. Simpan salinan semua e-mel yang anda hantar dan terima daripada tapak lelongan atau penjual sebagai bahan bukti jika terjadi masalah.
Info dari: http://www.esecurity.org.my