Manfaat melakukan senaman selepas bersalin:
* Mengurangkan berat badan yang naik ketika hamil
* Menganjalkan kembali otot
* Memperbaiki kembali perjalanan darah dan pernafasan
* Menguatkan otot dada supaya dapat menyokong buah dada yang membesar
* Membina teknik sesuai supaya dapat berehat dan tidur dalam waktu awal selepas melahirkan
Senaman perlu dielak selepas pembedahan:
* Mengangkat kedua-dua kaki
* Duduk tegak dari kedudukan berbaring
* Melompat.
Perkara penting perlu dilakukan:
* Pastikan minum air yang cukup untuk menggantikan kehilangan air dalam badan
* Senaman dibuat jangan terlalu ekstrim, sebaliknya ikut kesesuaian umur, badan dan sebagainya.
* Senaman tidak semestinya berlari di taman tetapi cukuplah jika aktiviti itu boleh mengeluarkan peluh dan badan terasa segar
* Tidak perlu mengambil masa berjam-jam tetapi lakukan sekurang-kurangnya antara 30 hingga 40 minit apabila bersenam
* Untuk keselesaan sewaktu bersenam, anda mungkin boleh menyusukan bayi terlebih dulu ataupun memerah susu (jika bayi tiada bersama anda)
* Pastikan memakai pakaian sesuai (supportive bra), pad payudara dan lainlain berikutan aktiviti melompat dan berlari-lari
Seringkali kaum wanita setelah bersalin, bimbang tentang bentuk badan yang sudah banyak berubah. Ini kerana selepas bersalin selalunya bentuk badan wanita mengalami beberapa perubahan dan berbeza sebelum hamil.
Kehamilan hakikatnya, memberi banyak perubahan kepada fizikal mahupun emosi wanita. Paling nyata, selepas bersalin perut akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang regang di abdomen.
Jurulatih Kecergasan, Wan Suhaila Wan Abdul Malek, berkata ini berlaku kerana berat badan yang terbentuk semasa hamil, belum lagi hilang, dan selepas bersalin ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehinggakan lupa untuk menjaga diri sendiri.
Katanya, ada ibu mengambil masa singkat untuk kembali ke bentuk asal dengan hanya menyusukan anak (ini kerana setiap kali menyusu, 500 kalori akan terbakar). Namun, ada ibu yang lambat kerana membabitkan hormon dan bermacam faktor lain.
Untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin, melakukan aktiviti senaman adalah pilihan terbaik, selain amalkan diet dan mengambil produk makanan atau penjagaan kecantikan yang membantu melangsingkan badan.
"Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kemantapan otot abdomen dan faraj. Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas," katanya ketika di temui di gim miliknya, di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Wan Suhaila menegaskan, gerak otot atau senaman adalah sangat penting selepas bersalin dan ia bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot, iaitu otot pada lantai punggung dan otot perut.
Bagi otot perut ia boleh kendur akibat kehamilan dan kelahiran tetapi boleh dipulihkan kembali kekuatannya dengan membuat senaman yang mudah sambil berbaring.
"Senaman untuk menguatkan lantai pelvik adalah antara senaman penting yang perlu diamalkan. Otot lantai pelvik mengampu organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh itu mustahak kedudukan organ ini dipulihkan kembali selepas mengalami kelasakan bersalin.
"Senaman juga boleh dilakukan dengan mengangkat badan daripada kedudukan berbaring. Jika ini dilakukan berulang-ulang kali dalam sehari, nescaya otot akan menjadi tegang semula dan pulih dengan cepat," ujarnya.
Tambahnya, senaman keseluruhan badan adalah sangat digalakkan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental, khususnya bagi wanita bersalin normal.
Bagaimanapun, bagi yang bersalin melalui kaedah pembedahan, perlu memberikan sedikit masa dan pastikan terlebih dulu tubuh benar-benar bersedia membuat senaman. Jika tidak, wanita terbabit mengalami risiko tinggi termasuk jahitan terbuka dan pendarahan.
Wan Suhaila berkata, ada juga wanita lepas bersalin enggan bersenam disebabkan dipengaruhi faktor tertentu atau salah faham mengenai kebaikannya, antaranya ada wanita menyusukan anak bimbang, susu badannya berkurangan atau berubah komposisi apabila bersenam.
"Kajian menunjukkan, tiada kesan pada kualiti susu mahupun kuantitinya. Susu ibu masih berasa sedap bagi bayi, tiada perubahan apabila melakukan senaman. Bagaimanapun, apabila bersenam, badan wanita akan berpeluh. Ini dikaitkan dengan proses perkumuhan (pembuangan air dari badan). Tetapi ia langsung tidak akan membuat susu badan kurang dan tiada kaitan dengan susu kurang sedap.
"Apa pun sebaik-baiknya, gantikan kehilangan air dari badan dengan minum air masak secukupnya bagi mengelakkan kekeringan. Senaman ringan tidak akan meningkatkan kadar asid laktik dalam badan ibu berbanding senaman yang ekstrim," katanya.
Wan Suhaila memberitahu, kajian juga menunjukkan bayi tidak akan menolak menyusu dengan ibunya selepas bersenam.
Kalau adapun, hanyalah dalam keadaan ibu yang berpeluh banyak kerana bayi berasa masin peluh pada kulit payudara ibu, Jadi, lebih baik ibu mandi terlebih dulu selepas bersenam dan menyusu bayi dalam keadaan bersih dan selesa," katanya.