Sinopsis Bila Joyah Masuk TV
Bila Joyah Masuk TV mengisahkan Joyah yang kuat membebel. Kisah bermula dengan Joyah diceraikan suaminya dan perlu membesarkan dua anak, Syak (Bell Ngasri) dan Wawa (Dottie).
Selain kuat membebel, Joyah juga terkenal dengan kerepek ubinya yang sedap. Hidupnya berubah apabila syarikat produksi drama menjalankan penggambaran telefilem Syurga di Hati, Neraka di Jauhi di kampungnya. Kebetulan watak utama drama berkenaan tidak hadir dan untuk mengurangkan kos bayaran artis, produksi memujuk Joyah berlakon.
Telefilem itu mendapat maklum balas positif masyarakat, lalu pihak penerbitan menyambungnya kepada drama bersiri. Joyah ditawarkan watak utama bergandingan dengan Norman Hakim.
Rezeki terpijak itu menukar kehidupan Joyah daripada seorang janda yang menjual kerepek ubi kepada pelakon terkenal. Namun, apabila semakin popular, Joyah mula lupa daratan. Dia cerewet soal bayaran hingga tidak ada siapa berani mengambilnya berlakon.
Bila Joyah Masuk TV yang bersiaran pada 11 April 2012, menyaksikan Jasmin Hamid melakonkan watak Joyah.
Pelakon lain: Bell Ngasri, Dottie