Jangkitan pernafasan oleh adenovirus
Adenovirus merupakan sejenis virus yang boleh menjangkiti sistem pernafasan. Jangkitan Adenovirus mudah berlaku di tempat-tempat yang mempunyai kepadatan manusia yang tinggi seperti pusat jagaan harian, asrama, sekolah, pusat latihan dan kemkem seperti kem tentera.Walau bagaimanapun, ia selalunya berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Lazimnya ia menyebabkan jangkitan ringan, namun begitu keadaan yang lebih teruk dan kematian pernah dilaporkan.
Apakah gelaja virus ini?
Gejala jangkitan Adenovirus adalah serupa dengan gejala jangkitan sistem pernafasan yang lain. Antara gejala tersebut adalah demam, sakit tekak, batuk dan hidung berair. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami radang paruparu (pneumonia), sakit mata (konjunktivitis), cirit-birit, jangkitan pundi kencing dan ruam.
Bagaimana individu boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat komplikasi daripada jangkitan Adenovirus?
Semua orang berisiko untuk dijangkiti virus ini. Walau bagaimanapun mereka yang mengalami masalah berikut mungkin mendapat komplikasi:
* Tahap imuniti yang rendah
* Masalah sistem pernafasan
* Masalah jantung
Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
Patuhi langkah-langkah berikut:
* Amalkan adab batuk yang betul (cough etiquette). Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
* Amalkan mencuci tangan dengan betul dan lebih kerap sama ada menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer.
* Pastikan pengudaraan yang baik dalam rumah, asrama atau tempat tinggal.
* Tidak mengunjungi tempat tumpuan orang ramai terutamanya bagi mereka yang mengalami gejala serupa selesema (Inuenza Like Illness).
* Pakai penutup mulut dan hidung (mask) sekiranya anda mempunyai gejala penyakit tersebut.