Garis panduan kecantikan yang dianjurkan syarak
1. Sebaik-baiknya mengekalkan apa yang ada di dalam bentuknya yang tabie selagi tidak ada kecacatan, seperti semasa lahir atau kemalangan.
Kekurangan yang ada, umpamanya sumbing atau cacat anggota tubuh badan, bolehlah dikembalikan kepada tabie dengan cara melakukan pembedahan plastik.
Pembedahan plastik yang diharuskan ialah bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi setiap ciptaan Allah sebagaimana sepatutnya.
2. Apa juga perhiasan yang dipakai mestilah tidak boleh mengganggu kestabilan masyarakat. Contohnya, dalam berpakaian dan menggunakan barangan kemas, sesuatu perbuatan tersebut tidak sehingga menimbulkan fitnah dan mengeruhkan suasana harmoni di dalam masyarakat.
3. Tidak menyebabkan pembaziran. Nyata sekali, kaedah kecantikan yang berleluasa kini, memerlukan kos pembiayaan yang bukan kecil jumlahnya, bahkan sehingga menca pai jumlah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Jika kos tersebut untuk memperbaiki kecacatan, ia diharuskan tetapi sekiranya niat, matlamat dan tujuan adalah semata-mata untuk kecantikan yang tidak diharuskan syarak, ia nyata mempunyai unsur pembaziran. Apatah lagi, membazir itu adalah saudara syaitan.
4. Tidak mengganggu psikologi dan emosi sehingga wujud semacam perasaan bangga, riak dan merasakan diri hebat mengatasi segalanya.