Home » » Sinopsis Pulau, Slot 9X di TV9

Sinopsis Pulau, Slot 9X di TV9

Sinopsis Pulau, Slot 9X di TV9

Pulau menceritakan mengenai sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato’ Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Poster Pulau

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemui mayat salah seorang daripada pelancong itu. Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.



 
Chatroom