Home » » Sinopsis The Woman in Black, filem seram Daniel Radcliffe

Sinopsis The Woman in Black, filem seram Daniel Radcliffe

Sinopsis The Woman in Black

Filem seram The Woman in Black mengisahkan tentang Arthur Kipps (Daniel Radcliffe), seorang peguam yang terpaksa meninggalkan anak kecilnya dan mengembara ke sebuah perkampungan terpencil untuk majlis pengebumian dan juga pengurusan harta pemilik Rumah Eel Marsh.

Rumah Eel Marsh tidak lagi berpenghuni kerana semua pemiliknya mati secara mengerikan. Kononnya, ada seorang wanita yang menghuni rumah besar itu, dianggap sebagai punca kematian anak-anak kecil secara misteri di Crythin Gifford.

Bekerja sendirian di rumah agam lama itu, Kipps mula menyelongkar rahsia tragik pekan terbabit dan ketakutannya memuncak apabila dia mendapati kanak-kanak tempatan mati dalam keadaan misteri.

Kalau anda nak tahu siapa women in black dan apa kaitannya dengan kejadian-kejadian misteri itu, pastikan anda tonton filem lakonan Daniel Radcliffe, Ciaran Hinds dan juga Liz White ini!

The Woman in Black berdasarkan novel keluaran 1983 tulisan Susan Hill.



 
Chatroom