Home » » Resepi Kek Cawan Berkrim

Resepi Kek Cawan Berkrim

Resepi Kek Cawan Berkrim

Bahan A
4 biji telur
1 sudu besar pemantap kek (Ovalette /Q 75)
100 gram gula pasir
5 sudu besar air

Bahan B
120 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
11/2 sudu besar serbuk penaik
(Campur bahan B dan diayak)

Bahan C
120 gram minyak jagung Daisy
1 sudu besar perisa oren, strawberi atau pandan

Bahan hiasan:
Krim putar:
200 gram lemak sapu FarmCows
150 gram gula aising
1 sudu kecil perahan jus lemon
1/2 sudu kecil pewarna coklat
1/2 sudu kecil pewarna merah
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Pilihan tambahan:
Buah kiwi, strawberi dan anggur - dipotong


Cara membuat:
1. Putar telur dan pemantap kek dengan mesin pemutar selama tiga minit.

2. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar lagi selama lima minit dengan kelajuan sederhana.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil memutar dengan kelajuan tinggi selama satu minit.

4. Kemudian, masukkan bahan B yang sudah diayak ke dalam adunan telur tadi. Putar adunan dengan kelajuan yang perlahan hingga sebati.

5. Masukkan minyak jagung Daisy dan sebatikan.

6. Setelah itu, perisa dimasukkan dan kacau hingga sebati.

7. Adunan dituang ke dalam acuan cawan kertas di loyang hingga penuh.

8. Bakar adunan kek cawan selama 15 minit pada suhu 175 darjah celsius di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dulu.

9. Setelah itu, keluarkan kek cawan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Hiaskan dengan krim putar.

10. Untuk membuat krim putar, gunakan mesin untuk memutar lemak sapu selama dua minit sehingga lembut. Masukkan gula aising, putar lagi selama lima minit sehingga gebu. Kemudian, masukkan perahan jus dan pewarna, sebatikan.

11. Untuk menghias, masukkan krim putar dalam beg penyalur dan hias mengikut cita rasa.

12. Jika mahu, potongan buah kiwi, strawberi dan anggur boleh diletak di atas hiasan krim putar.

Pilihan lain: Adunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dimasukkan perisa yang berlainan.

Sumber: http://www.eats.my

Panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes cupcake dari rumah secara part time. Dapatkan segera! Klik sahaja banner dibawah ini.



 
Chatroom