Sinopsis Teater Muzikal Destini Anak Bangsa
Teater Muzikal Destini Anak Bangsa mengisahkan tentang jati diri, semangat dan legasi Melayu seorang pejuang anak bangsa yang sangat bercita-cita tinggi.
Mengisahkan perjalanan dan cabaran hidup Yg.Bhg. Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub bakal dijadikan sumber rujukan naskah sebagai pemangkin kisah perjuangan ini. Bermula sebagai sebuah keluarga susah, dengan catuan makanan, pakaian yang hanya sekadar untuk menutup tubuh badan sahaja selagi tidak menjolok mata, tidak bersikap terlalu bergaya yang tidak bertempat tetapi masih mampu menunjukkan kerajinan belajar, kerajinan berusaha dan kejayaan mengatasinya, meskipun rakan-rakan lain adalah anak pekedai, anak pegawai kerajaan dan anak orang kaya.
Ini membuktikan bahawa kekayaan dan pangkat ibu bapa bukan pengukur kejayaan seseorang, tetapi yang penting ialah usaha gigih yang ditunjukkan. Biografi Sejarah penubuhan dan Aspirasi UiTM serta kesinambungannya dengan Biografi Tokoh Yg. Bbhg.
Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub turut dijadikan sumber serta garapan idea bagi naskah sebagai meneruskan kisah perjalanan hidup dan perjuangan ini. Berkisar dengan kewujudan Maktab MARA dengan kesaksian kesempurnaan perletakan batu asas pada tahun 1967 oleh Tun Abdul Razak di Shah Alam sebagai tanda permulaan kampus baru Maktab MARA. Tahun 1968 pertukaran nama dilakukan dari Maktab Mara kepada Institut Teknologi MARA (ITM) seterusnya kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang cemerlang untuk masa depan anak-anak Melayu.
Perjalanan kehidupan kampus, graduasi dan kerjaya bakal divisualkan sebagai inspirasi Anak Bangsa yang pantang mengalah yang tidak mungkin dilupakan. Biar putih tulang, jangan putih mata. Kisah Suka Duka, Pengorbanan, Cita-cita, Kecekalan, Kepercayaan, Rintangan, Ketegasan, Perjuangan, Semangat dan Kejayaan ini diharapkan menjadi panduan,harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, masyarakat dan negara