Home » » Sinopsis Pencak (drama persilatan TV2)

Sinopsis Pencak (drama persilatan TV2)

Sinopsis drama Pencak

Pencak mengisahkan, Puteh (Ariey Mustafa) yang pulang ke kampung halamannya selepas tamat perkhidmatan selama 13 tahun dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kepulangannya dikejutkan dengan kes jenayah peras ugut yang berlaku di depan matanya selain mendapati ramai belia di kampungnya rosak akibat pengaruh masalah sosial.

Puteh berazam untuk mengubah dan memulihkan belia yang rosak itu dengan menganjurkan program jati diri menggunakan kaedah seni bela diri yang diwarisinya di samping menerapkan pendidikan agama Islam dan moral.

Program Puteh berjaya mendapat sambutan positif daripada belia bermasalah yang terdiri daripada berbilang bangsa. Ini kerana kaedah yang diguna pakai oleh Puteh sangat dinamik dan berjaya menarik minat peserta.

Orang kampung sangat berterima kasih kepada Puteh atas usahanya itu. Apa yang lebih memberi semangat kepada Puteh adalah kehadiran Salihah (Nisha Dirr) iaitu gadis yang pernah Puteh minati sewaktu remaja. Apa yang memeranjatkan Puteh adalah Salihah sudah tidak boleh melihat akibat kemalangan jalan raya.

Puteh berazam untuk mengubati mata Salihah dan dia berhasrat mengahwini Salihah. Namun, niat Puteh tidak kesampaian apabila mengetahui Salihah sudah bertunang dengan Nizam (Azimat Shamsuddin) iaitu seteru lamanya dalam dunia persilatan. Pertunangan Salihah juga sebenarnya terjadi bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana bapanya terhutang budi kepada bapa Nizam berikutan beberapa peristiwa lepas ketika keluarga Salihah mengalami kesusahan.

Kejayaan program jati diri Puteh mendapat tempias kepada perguruan silat yang lain. Nizam dari perguruan silat kampung seberang menuduh Puteh cuba mencemar budaya seni silat Melayu dengan mengajar kepada mereka yang bermasalah dan bangsa asing.

Apabila ancaman mulut tidak berjaya, Nizam cuba menimbulkan fitnah kepada Puteh dengan memerangkap anak murid Puteh, seorang remaja India bernama Dinesh yang difitnah melakukan jenayah ragut. Akibat peristiwa itu, Puteh diheret ke Jawatankuasa Khas Silat bagi menyelesaikan perkara berkenaan dan Puteh diberi amaran keras manakala program silatnya digantung selama tiga bulan sebagai hukuman.

Satu pertandingan seni bela diri terbuka kemudian diadakan dan pelbagai aliran perguruan seni bela diri mengambil bahagian menyertainya termasuk Puteh.

Pada majlis hari jadi Salihah, Puteh berjanji kepada gadis itu sekiranya dia berjaya dalam pertandingan itu, wang tunai yang dia menangi akan digunakan untuk mengubat mata Salihah.

Drama Pencak sebanyak 13 episod untuk tayangan di TV2.

PELAKON PENCAK: Ariey Mustafa (Puteh), Nisha Dirr (Salihah), Azimat Shamsuddin (Nizam), Ezat Farouk (Salleh), Ayez Shaukat (Rudi), Riki Rikando (Taufiq), Yang Kassim (Tony), Kamal Bakar (Tok Ketua), Subash Sundramorthy (Dinesh), Adnan (Malik), Nur Khadijah (Mei), Chaoi Izghan (Beto)

Profil Produksi

JUDUL: Pencak

TERBITAN: Platinum Walk Production Syarikat Sdn Bhd

PENERBIT: Norani Hussein

PENERBIT EKSEKUTIF: Solih Toha

PENERBIT LINE: Hasni Maulod

PENGARAH: Mohd Khairi Azmi Khalip

PENOLONG PENGARAH: Adinata Mohd Khalil

KESINAMBUNGAN: Siti Fairus Md Arif (Fir)

PENGURUS PRODUKSI: Ahmad Khairuddin Datuk Ab Rahman (Khai)

PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Azfarahin Shah Azman Shah (Farah)

PEMBANTU PRODUKSI: Roseline Anak Raag

WARDROBE: Najiyah A Rahim

PEMBANTU WARDROBE: Nurul Ashikin Sultan Alavudeen

PENGARAH SENI: Shafrul Ridwan Safari (Lobo), Muhammad Noramin Yusof

MEKAP: Wahyu Warni Sopian

RUNNER: Mohd Fais Jismi

HANDY: Muhd Farhan Zulkifli






 
Chatroom