Bahaya radang paru-paru
Kita sering memandang ringan keadaan kesihatan terutama jika kita jarang jatuh sakit. Sehinggalah dikejutkan dengan penyakit pneumokokal yang paling lazim iaitu pneumonia atau radang paru-paru. Penyakit jangkitan pada paru-paru ini menjadikan penghidapnya dibelenggu rasa lesu setiap masa, tidak aktif, tidak sihat, sakit untuk bernafas dan paling menyusahkan kesukaran untuk bernafas.
Hakikatnya, anda tidak perlu jadi perokok tegar atau kaki botol (mengambil minuman keras) untuk mendapat radang paru-paru, kerana ia boleh menyerang sesiapa saja, terutama warga emas yang berisiko tinggi.
Pneumokokal adalah kumpulan penyakit kompleks yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia. Bakteria ini menyebabkan jangkitan serius seperti bakteremia/sepsis (bakteria dalam darah), meningitis (radang membran keliling saraf tunjang atau otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa penyakit pneumokokal membunuh kirakira 700,000 hingga satu juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun. Warga tua tidak terkecuali diancam penyakit ini kerana mereka adalah golongan paling teruk diserang pneumonia setiap tahun.
Usia manusia yang semakin meningkat serta co-morbiditi menjadi antara faktor utama penyakit pneumokokal invasif dan bukan invasif, termasuk pneumonia.
Masih kurang dapat perhatian
Pengarah Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Mutallif, menjelaskan Asia mencatatkan kes penyakit pneumokokal paling tinggi, termasuk beban penyakit invasif dan bukan invasif di dunia dengan separuh daripada kes penyakit pneumokokal berlaku di Asia saja.
"Meskipun agak membimbangkan, penyakit ini masih masih kurang mendapat perhatian. Justeru, penting untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan penyakit ini dan menggalakkan setiap orang membantu memastikan rakyat Malaysia dapat hidup bebas daripada pneumokokal," katanya ketika ditemui BH Ahad baru-baru ini.
Influenza dan pneumonia menjadikan pembunuh ketiga di belakang penyakit jantung koronari dan strok di Malaysia. Usia manusia yang semakin panjang juga menyebabkan mereka berhadapan risiko penyakit pneumokokal untuk jangka masa lebih lama.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan jumlah warga emas (berusia 60 tahun ke bawah) di Asia akan meningkat daripada 9.9 peratus pada 2010 kepada 23 peratus pada 2050, sekali gus menekankan kepentingan mencegah pneumonia di kalangan warga emas.
Jumlah warga emas berusia 65 tahun ke bawah dijangka semakin meningkat melebihi 250 peratus di kebanyakan negara membangun termasuk Filipina, Malaysia, India dan Bangladesh.
Pelalian polisakarida
Cara terbaik mencegah sebarang penyakit pneumokokal adalah menerusi suntikan vaksin. Vaksin Pneumokokal boleh didapati dalam dua jenis dikenali sebagai vaksin polisakarida dan vaksin konjugat.
Vaksin polisakarida digunakan untuk dewasa manakala Vaksin konjugat untuk kanak-kanak.
Vaksin polisakarida yang dinamakan Prevenar 13 disyorkan untuk dewasa berusia 50 tahun dan lebih tua sebagai pelalian mencegah pneumokokal invasif. Prevenar 13 menggunakan teknologi konjugat yang menghubungkan rantaian gula polisakarida pneumokokus yang didapati pada permukaan setiap serotaip bakteria dengan protin pembawa.
Vaksin pelalian orang dewasa ini dilancarkan buat pertama kalinya di Columbia pada 18 April 2011. Ia kini digunakan secara meluas di 52 negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Australia, Colombia, Thailand, Filipina dan Malaysia
INFO
* Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah warga emas (berusia 60 tahun) di Asia akan meningkat dari 9.9 peratus pada 2010 kepada 23 peratus pada 2050
- Penyakit jangkitan paru-paru ini bahaya pada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak di bawah lima tahun, warga emas 50 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung kongestif, diabetes serta penyakit paru-paru kronik.
- Lebih mudah dihidapi ketika cuaca sejuk
Kumpulan berisiko tinggi:
- Berusia lebih 50 tahun
- Perokok
- Kurang khasiat akibat masalah kesihatan atau kekurangan makanan
- Mengalami masalah paru-paru sedia ada termasuk cystic fibrosis, asma atau penyakit sekatan pulmonari kronik (emphysema)
- Mengalami masalah kesihatan lain termasuk kencing manis atau penyakit jantung
- Sistem imun yang lemah akibat HIV, pemindahan organ, kemoterapi atau penggunaan steroid kronik
- Mengalami kesukaran batuk akibat strok, ubat atau alkohol
- Pernah mengalami jangkitan saluran respiratori atas termasuk influenza
Mudah penat, letih, batuk berpanjangan
"Ada cecair di dalam paruparu menyebabkan terpaksa dirawat di hospital lebih dua minggu dan tidak mungkin saya sanggup melaluinya lagi," demikian pengakuan Rahim Ibrahim (bukan nama sebenar).
Menjadi perokok sejak usia belasan tahun lagi, nyata tidak membimbangkan Rahim, 65, kerana sejak bersara daripada tentera dia tidak pernah diserang penyakit serius.
"Sekali-sekala ada juga demam, batuk dan selesema tapi lebih dari itu, alhamdulillah tiada," katanya.
Sukar bernafas
Hidup bapa kepada empat cahaya mata itu berubah 360 darjah selepas menyambut ulang tahun ke-60 apabila mengalami demam selesema dan batuk yang berlarutan lebih seminggu.
"Jarang sangat sakit lama begitu, tetapi itulah punca bagaimana paru-paru saya dijangkiti kuman sehingga akhirnya terlantar di hospital. Bayangkan, batuk yang biasanya datang dan pergi bukan sekadar berlarutan sebaliknya menyakitkan," katanya lagi.
Rahim mengadu sukar bernafas. Malahan, hendak bernafas pun sakit kerana dada sentiasa terasa sempit, mudah penat dan letih. Rawatan dan proses sembuh dari radang paru-paru agak perlahan kerana perlu diberikan antibiotik mungkin kerana berusia dan sistem ketahanan badan yang semakin lemah.
Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, dia dinasihatkan banyak berehat, berhenti merokok, minum banyak air, menjaga kebersihan dan mengambil ubat mengikut jadual. Apa yang sangat membimbangkan Rahim terdedah dengan bahaya pneumonia.
Suntikan pelalian
Menurut doktor, dia boleh mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dengan menjauhi mereka yang selesema, batuk dan demam, menjaga kebersihan seperti selalu membasuh tangan.
"Tetapi baru-baru ini doktor yang melakukan pemeriksaan kesihatan rutin mencadangkan saya mendapatkan suntikan pelalian vaksin pneumonia yang terbaru sebagai langkah pencegahan.
Katanya, walaupun vaksin tidak mengurangkan jumlah kes radang paru-paru, sekurang-kurangnya ia mampu mencegah sebarang penyakit serius, terlantar di hospital dan juga maut.
"Apa yang penting, mengambil berat keadaan kesihatan mampu mengubah nasib kita," katanya yang bersyukur masih berkesempatan melihat tiga cucunya membesar.