10 MITOS MENGENAI WANG
Wang boleh didefinisikan sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain. Dalam ekonomi moden, masyarakat menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk memiliki sesuatu barang. Duit atau wang penting untuk kesinambungan hidup yang lebih selesa.
Di samping itu, masyarakat juga telah dibesarkan dengan pelbagai kepercayaan dan mitos mengenai wang. Namun begitu, kesahihan dan sejauh mana kebenaran mengenai mitos-mitos ini perlu dikaji terlebih dahulu. Berikut adalah antara mitosmitos tersebut:
1 Kurang risau dan lebih tenang jika memiliki wang yang banyak.
Antara mitos yang menarik ialah kepercayaan bahawa mereka yang memiliki wang yang banyak mempunyai akal yang lebih bijak, disiplin diri yang lebih tinggi, lebih berkeyakinan dan memiliki hidup lebih tenang.
Hakikatnya, manusia yang tamak sentiasa tidak pernah rasa cukup memiliki wang dan sentiasa hidup dalam kebimbangan. Mereka yang hidup dengan gaya hidup yang mewah memerlukan kos yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, kos penyelenggaraan sebuah kereta Mercedes yang dimiliki oleh golongan yang lebih berkemampuan adalah lebih tinggi daripada kos penyelenggaraan kereta Proton yang dimiliki oleh golongan sederhana. Begitu juga dalam aspek kebijaksanaan. Fakta menunjukkan semakin kerap atau semakin kuat kita berfi kir, semakin banyak sel otak yang terbentuk. Oleh itu, tidak kira apa jua latar belakang kewangan seseorang itu, asalkan dia rajin berfi kir dan berusaha, pasti dapat meningkat tahap kepintaran.
2 Terlalu sukar untuk memahami dan menguasai urusan kewangan.
Seperti cabaran-cabaran lain dalam kehidupan, ilmu pengetahuan amat diperlukan untuk mahir dalam urusan kewangan. Untuk menguasai ilmu dan kemahiran pengurusan kewangan tidak sukar dan tidak memerlukan belanja yang besar untuk menguasainya.
Banyakkan membaca dan menimba ilmu. Bahkan kini, sudah banyak buku mengenai pengurusan kewangan yang lebih mudah difahami di pasaran. Langkah pertama yang boleh diambil ialah mempelajari asas-asas mengenai kewangan dan mengetahui langkah-langkah praktikal yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam hidup anda.
Jangan gopoh dan terlalu tertekan sewaktu menguruskan masalah kewangan anda. Untuk berjaya, kita perlu menerokai keperluan dan nilai dalam diri kita dengan penuh kesabaran. Selain itu, jangan takut atau malu untuk mendapatkan bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman.
3 Perancangan kewangan dan pelaburan perlu diserahkan kepada mereka yang lebih pakar.
Segala urusan kewangan adalah tanggungjawab kita sendiri. Corak perbelanjaan, merancang bajet, kemahuan untuk merancang, menyimpan ataupun melabur untuk masa hadapan adalah bergantung kepada diri kita sendiri untuk menguruskannya. Dalam perancangan kewangan anda, tetapkan matlamat yang sesuai dan bersikap realistik terhadap jangkaan anda.
Penasihat kewangan berperanan untuk membantu mengenal pasti masalah dan matlamat anda supaya mereka dapat membantu anda merangka pelan bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka membantu anda memahami risiko yang berkaitan dan menyediakan khidmat nasihat. Perkara yang perlu anda tahu ialah, penasihat kewangan anda mesti memberitahu anda apa yang berlaku kepada wang anda sekiranya anda membenarkan mereka menguruskannya, berapakah yuran yang dikenakan dan sama ada mereka menerima sebarang manfaat daripada cadangan mereka itu.
Ingatlah bahawa nasihat mereka mungkin bersifat berat sebelah, dan apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik juga untuk anda. Anda perlu sentiasa bertanggungjawab terhadap kewangan anda. Perlu ingat bahawa objektif mereka mungkin tidak sama dengan objektif anda.
Pandangan mereka mungkin berbeza dengan pandangan anda. Begitu juga sumber mereka mungkin tidak boleh dipercayai!
4 Cinta sejati dan komitmen sebenar boleh menyelesaikan semua masalah termasuk kewangan.
Pendapat berhubung cinta dan wang seringkali diperkatakan. Salah satu mitos ialah cinta dapat mengatasi semua masalah termasuklah masalah kewangan. Secara realistiknya, dalam kehidupan masa kini, wang amat diperlukan. Ibarat kata pepatah, "Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya di dunia ini memerlukan wang". Ini tidak bermakna kita boleh membeli semua benda di dunia ini termasuk cinta dan kasih-sayang. Tetapi, segala keperluan termasuklah keperluan bagi mereka yang bercinta memerlukan wang untuk membelinya. Sebagai contoh, kos penggunaan telefon bimbit, keluar makan dan peralatan perkahwinan. Sewajarnya, cinta digunakan sebagai penggalak untuk memajukan diri terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan. Seperti memperbaiki ekonomi peribadi sebagai langkah perancangan masa hadapan yang lebih baik.
5 Barang berkualiti lebih mahal.
Jadilah pengguna yang bijak. Tidak semestinya barangan dengan harga yang rendah itu tidak berkualiti. Kualiti dan kos tidak semestinya dihubungkan, tetapi imej kualiti yang digambarkan melalui pembungkusan terperinci dan pengiklanan tetap bersangkut-paut dengan kos.
Syarikat pengeluar barang meletakkan harga yang tinggi pada produk mereka atas beberapa faktor.
Contohnya, kos yang tinggi diperlukan untuk penjenamaan, pengiklanan dan memartabatkan barangan mereka. Kesan daripada perbelanjaan tersebut, harga barangan yang mereka pasarkan akan lebih tinggi berbanding harga barangan lain.
6 Kad kredit dan kad debit adalah kemudahan ketika berbelanja.
Masyarakat perlu memahami bahawa penggunaan kad kredit dan kad debit hanyalah untuk memberikan kemudahan kepada anda ketika berurus niaga tanpa perlu membawa wang tunai kerana ia mungkin boleh membahayakan keselamatan pemilik. Dengan adanya kad kredit dan kad debit ini, anda tidak perlu mengambil risiko mengeluarkan wang tunai dari bank dan tidak terbeban membawa wang tunai untuk membuat pembelian atau pembayaran. Sayangnya, ada dalam kalangan masyarakat hari ini memiliki kad kredit bukan untuk kemudahan tetapi lebih kepada bermegah-megah.
Bagi mereka, penggunaan kad kredit melambangkan status sosial yang tinggi pada mata masyarakat. Kad kredit tidak sewajarnya digunakan untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi untuk perbelanjaan yang tidak perlu. Penggunaannya juga boleh menyebabkan seseorang berbelanja mengikut kehendak nafsunya. Jadi, setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa yang akan datang.
7 Wang sebagai pengganti masa dan kasih sayang.
Segelintir masyarakat suka menggunakan wang sebagai ganti bagi masa yang tidak dapat diluangkan atau kasih sayang yang tidak dapat dicurahkan kepada insan-insan tersayang. Contohnya ibu bapa yang sibuk bekerja akan memenuhi segala kehendak anak-anak sebagai ganti masa dan perhatian yang kurang diberikan. Kita perlu sedar nilai kasih sayang seorang ibu atau ayah terhadap anaknya tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Perlu ada keseimbangan antara wang dengan kasih sayang. Anda boleh ada wang dan kasih sayang pada masa yang sama. Kewangan sangat diperlukan, kasih sayang juga sangat diharapkan. Hakikatnya, keruntuhan rumah tangga boleh berlaku tanpa kasih sayang atau tanpa wang.
Yang penting, perlu ada usaha yang seimbang dan kesedaran terhadap pentingnya mengimbangi antara `cari' wang dan memberikan `kasih sayang' dan menangani jangkaan kita dalam hidup. Kesimpulannya, kita perlu cari wang tapi jangan menjadi hamba kepada wang sehingga tiada kasih sayang dalam keluarga.
8 Perlindungan yang sebenar ialah wang yang banyak.
Mitos bahawa wang adalah segalagalanya ternyata tidak benar. Ada yang beranggapan kerana kurang wang, hidup tidak bahagia dan tidak dapat melindungi diri dan keluarga. Memang wang sangat penting dalam kehidupan anda kerana pada hari ini hampir segalagalanya memerlukan wang. Namun percayalah, wang bukan jaminan untuk membawa kebahagiaan kerana dalam kehidupan ini ada perkara lain yang lebih penting untuk mewujudkan bahagia. Contohnya, hubungan dengan orang-orang di sekeliling dan tanggapan mengenai kehidupan. Dari aspek ekonomi, bukan wang yang banyak menjadi kayu pengukur, sebaliknya pengurusan wang yang bijak dapat menjamin kestabilan ekonomi. Begitu juga dengan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran-cabaran kewangan yang mendatang.
9 Pengurusan kewangan perlu diuruskan oleh pasangan yang paling berkemahiran dalam halehwal kewangan.
Pengaliran wang yang tersusun adalah amat penting dalam rumah tangga. Jangan serahkan hal kewangan kepada satu pihak sahaja. Sikap saling mempercayai penting tetapi berasa sedikit keraguan juga perlu. Kedua-dua pihak seharusnya melibatkan diri atau sekurang-kurangnya mengambil tahu mengenai urusan kewangan keluarga. Pengurusan wang sepatutnya tidak dipandang sebagai satu pekerjaan atau sesuatu yang perlu dielak. Lakukan pengurusan kewangan secara bersamasama dan anda pasti mendapati bahawa urusan kewangan akan lebih menyeronokkan dan lebih memberi manfaat bukan hanya dalam bidang kewangan, tapi juga secara peribadi.
10 Orang yang berjaya adalah mereka yang memiliki wang yang banyak.
Walaupun ini menjadi salah satu topik perbualan kegemaran masyarakat, namun mitos ini tetap merupakan sesuatu yang salah. Bukan semua orang yang berjaya mesti memiliki wang yang banyak. Terdapat ramai tokoh yang berjaya dalam bidang yang diceburi tanpa menjadikan kekayaan secara sasaran. Golongan ini tidak mengharapkan pulangan yang lumayan atau wang yang melimpah ruah apabila melakukan tugasan. Berfi kiran "bukan kerja untuk menjadi kaya, tetapi untuk mendapatkan kepuasan tidak terhingga" telah memotivasikan mereka dan mengurangkan tekanan sewaktu melaksanakan tugas. Sikap positif ini wajar dijadikan sebagai contoh berbanding dengan orang yang meletakkan kekayaan sebagai sasaran. Dengan meneliti kisah sedih (kadangkala lebih tragis) golongan yang telah dikuasai oleh wang ini, telah membuktikan bahawa wang bukanlah faktor utama untuk berjaya.
Mitos masih wujud dalam masyarakat kerana segelintir daripada mereka mahu menyembunyikan kebenaran. Jika anda mahu merubah pemikiran ini, anda perlu keluar daripada ketakutan yang membelenggu pemikiran kita. Anda perlu berfi kir dengan lebih kritis, mengambil tanggungjawab dan berhubung dengan orang-orang di sekeliling kita dengan cara yang betul. Gunakan kaedah yang dapat membawa anda kepada kekayaan bukan sahaja dalam aspek ekonomi, tetapi juga dalam aspek-aspek kehidupan yang lain.