7 cara mengurangkan penggunaan kad kredit
Tak dinafikan hutang yang paling mudah dan sering diambil adalah hutang kad kredit. Bukan itu saja, hutang kad kredit juga hutang yang paling mudah untuk menambah tanggungan kita sehingga sukar untuk membina kekayaan akibat penggunaannya.
Tahun 2014 akan tiba tidak lama lagi, apa kata jadikan azam tahun baru ini sebagai tahun kurang penggunaan kad kredit. Lebih baik lagi, tahun tanpa kad kredit!
Berikut disenaraikan tujuh cara untuk mengurangkan penggunaan kad kredit dan terjerat dalam kitaran bayar balik kad kredit:
1. Untuk mencapai sesuatu azam atau matlamat, anda perlu tahu di mana keadaan anda kini.
Ketahui perbelanjaan dan pendapatan anda kini dan fahami tabiat perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan anda sehingga menyebabkan anda perlu menggunakan kad kredit.
Dengan mengetahui keadaan dan tabiat perbelanjaan semasa, anda akan dapat mula menguasai dan memahami kewangan anda dan cara menangani masalah kewangan yang bakal melanda.
2. Antara sebab penggunaan kad kredit apabila tidak cukup pendapatan untuk menampung perbelanjaan.
Mungkin akibat tidak melakukan bajet yang betul, kita terpaksa menggunakan kad kredit. Tiba masanya untuk anda duduk dan rujuk semula bajet mingguan dan bulanan anda untuk mengetahui keluar masuk kewangan anda. Tulis dan catatkan bajet anda supaya ia jelas dilihat dan diikut.
3. Ikut bajet yang sudah ditetapkan.
Ia amat membantu sekiranya bukan saja anda, tetapi seluruh isi rumah dapat turut sama mengikuti bajet perbelanjaan yang sudah ditetapkan.
Tiba masanya juga anda tinggalkan kad kredit di rumah apabila keluar dan hanya menggunakan wang tunai untuk mengelakkan anda daripada terlebih belanja. Membawa wang tunai memudahkan anda mengikut bajet yang sudah ditetapkan.
4. Ketahui keutamaan dalam perbelanjaan anda.
Makanan, tempat tinggal dan segala keperluan asas perlu diutamakan sebelum kemahuan membeli kasut baru, hiburan atau gajet yang sekadar memuaskan hobi sendiri. Ini lebih-lebih lagi sekiranya memenuhi kemahuan ini menggunakan hutang kad kredit.
5. Adakalanya anda perlu membawa kad kredit kerana ia baik ketika kecemasan dan anda tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi.
Hadkan kad dengan hanya membawa sekeping kad kredit dengan tujuan kecemasan. Tetapi perlu ingat, membelibelah atau membeli tiket melancong bukanlah kecemasan! 6. Satu tabiat kewangan yang baik adalah tidak menggunakan kad kredit sama sekali walaupun dalam kecemasan.
Caranya dengan mempunyai simpanan tunai untuk kecemasan. Pakar kewangan sering memesan untuk menyimpan sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan sebagai simpanan kecemasan sekiranya perlukan wang secara tiba-tiba.
Lakukan simpanan kecemasan dalam akaun kad debit. Dengan cara ini, anda tidak lagi menggunakan kad kredit sebagai wang kecemasan anda.
7. Mula membayar balik kad kredit anda dengan kad kredit yang memberi faedah tertinggi.
Apabila satu kad kredit langsai, hentikan akaun kad kredit terbabit. Membayar baki kad kredit sebenarnya langkah penting untuk menjadi bebas kewangan supaya anda tidak terikat dengan bayaran balik faedah yang tinggi.
Apabila berjaya membayar balik, ia memudahkan keadaan kewangan anda dan membolehkan anda menikmati keperluan dan kemahuan tanpa berhutang. Kebebasan kewangan yang anda impikan!
Mengubah tabiat bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi sekiranya tabiat menggunakan kad kredit sudah lama dipupuk. Namun, ia sesuatu yang mesti dilakukan terutama sekiranya tabiat itu hanya menghindarkan kita daripada mencapai kebebasan kewangan pada tahun akan datang!
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!
Soalan pembaca:
Masalah saya kini membayar balik baki kad kredit saya yang faedahnya amat tinggi. Saya sedar kesilapan saya dalam menggunakan kad kredit dengan tidak bertanggungjawab tahun sebelum ini tetapi apakah yang boleh saya lakukan kini?
----------------
Ada beberapa cara dalam mengurangkan faedah kad kredit. Cara melakukan bayaran balik kad kredit perlu sistematik supaya anda tidak dikenakan faedah yang tinggi.
Pertama, lakukan bayaran secepat mungkin selepas menggunakan kad kredit. Ertinya, hanya gunakan kad kredit jika anda mempunyai tunai untuk bayaran balik sejurus selepas anda melakukan sebarang belian kad kredit. Dengan ini, bayaran faedah amat rendah.
Kedua, apabila melakukan bayaran kad kredit, jangan hanya membayar baki minimum. Kebanyakan kad kredit sekiranya anda hanya membayar jumlah minimum, hutang anda tidak akan habis! Makin lama anda berhutang, makin tinggi faedahnya.
Jika anda tidak dapat melangsaikan bayaran sepenuhnya, cuba lakukan bayaran mengikut sekurang-kurangnya tiga kali ganda jumlah minimum yang disebutkan.
Cara ketiga, bawa baki kad kredit anda kepada kad kredit syarikat lain yang memberi faedah lebih rendah. Cara ini dapat membantu mengurangkan faedah, tetapi jangan pula jadikan alasan ini untuk berbelanja menggunakan kad kredit lagi!
Oleh Irfan Khairi
Sumber: Harian Metro