Didik anak mengurus wang dengan baik
Didikan awal pada peringkat usia mengenai pentingnya nilai wang perlu dipupuk. Pendedahan itu membolehkan anak mendapat gambaran awal mengenai pentingnya pengurusan wang secara berkesan.
Pada peringkat usia itu juga mereka mendapat bimbingan mengenai amalan berjimat cermat.
Disenaraikan garis panduan berdasarkan peringkat umur yang boleh kita gunakan untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai wang.
Peringkat prasekolah
Peringkat umur ini tidak terlalu awal menyemaikan amalan terbaik menguruskan wang. Apabila mereka memahami apa itu wang dan mula menerima dan menggunakannya, mereka bersedia untuk dididik tentang proses belanjawan.
Prabelanjawan ini hendaklah diajar secara mudah supaya kanak-kanak dapat membahagikan wang mereka kepada beberapa kategori berlainan.
Ibu bapa boleh bermula daripada awal lagi dengan menyediakan tiga tabung duit: satu untuk Berian (amal), satu untuk Tabungan, dan yang akhir sekali untuk belanja.
Elaun dan hadiah anak kemudiannya dibahagikan (misalan `duit raya' atau `angpow') kepada tiga bahagian sama rata dan minta mereka memasukkan ketiga-tiga jumlah sama ini ke dalam setiap tabung duit.
Duit yang dimasukkan dalam `Bank Amal' akan diguna untuk bantu mereka yang serba kekurangan. Misalan, anda terbaca mengenai kejadian gempa bumi di suatu pelosok dunia atau bencana alam yang melanda di pelosok lain dan mangsanya merayu bantuan dana.
Ataupun artikel akhbar yang mengisahkan tentang bayi atau kanak-kanak dengan jantung berlubang yang memerlukan bantuan ribuan ringgit untuk menjalani pembedahan.
Ini mendidik kanak-kanak bukan sekadar menyedari nilai sebenar wang malah juga bersikap prihatin membantu mereka yang menerima musibah.
Duit dalam `Bank Belanja' digunakan untuk membeli barangan yang kanak-kanak inginkan dan tidak sepatutnya dibeli oleh ibu bapa mereka.
Ini termasuklah permainan kecil, gula-gula dan coklat. Anak perlu faham bahawa apabila duitnya habis, mereka tidak boleh mengambil duit daripada tabung duit `berian' atau `tabungan' untuk beli barangan yang mereka kehendaki.
Duit dalam `Bank Tabungan' pula adalah bagi tujuan mencapai sasaran jangka pendek yang tertentu. Misalannya menabung untuk beli kereta kawalan jauh atau patung Barbie atau untuk beli hadiah istimewa buat hari jadi ayah dan ibu tersayang.
Peringkat sekolah rendah
Apabila kanak-kanak mencapai umur tujuh tahun, mereka sepatutnya bersedia menyediakan belanjawan mini. Dengan belanjawan mini ini, perbelanjaan dan pendapatan hendaklah dicatatkan dalam sebuah buku nota kecil.
Kita asingkan `Bank Tabungan' kepada Tabungan Jangka Pendek dan Tabungan Jangka Panjang dan ajar anak-anak cara merekodkan perbelanjaan mereka.
Tabungan Jangka Pendek digunakan untuk beli barangan yang memerlukan mereka menabung bagi tempoh kurang daripada setahun. Sementara Tabungan Jangka Panjang untuk beli barangan yang memerlukan mereka menabung bagi tempoh menjangkaui setahun.
Misalan, mereka mungkin mahu membeli mainan video dan kita boleh menasihati mereka menabung untuknya dan kita akan bayar kos selebihnya atau membuat "sumbangan yang sepadan" ke dalam "Bank Tabungan Jangka Panjang" mereka".
Belanjawan mini bertujuan menyemai tabiat suka mengawasi kedudukan kewangan dan tabungan supaya mereka dapat mencapai sasaran jangka pendek mahupun sasaran jangka panjang mereka.
Peringkat remaja
Tempoh ini adalah yang paling kritikal bagi kanak-kanak - tahun peralihan kepada peringkat dewasa. Apabila mencapai tempoh ini, mereka seharusnya faham asas kewangan dan belanjawan peribadi dan sudah mengguna pakai kaedahkaedah yang berkaitan.
Pada asasnya, sewaktu fasa ini, kita mahu memberi anak-anak lebih kuasa dalam membuat keputusan tentang kewangan mereka. Tanggungjawab yang diberikan juga lebih besar.
Biar mereka merancang cara membelanjakan wang dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akibat keputusan yang diambil.
Lebih baik mereka melakukan kesilapan kecil sekarang daripada membuat kesilapan lebih besar pada masa hadapan.
Memang benar keputusan diambil berbeza berdasarkan umur dan personaliti. Namun semakin banyak peluang diberikan ibu bapa untuk anak-anak mereka membuat keputusan, semakin jelas pada mereka sama ada anak mereka sudah menjadi seorang yang berdikari.
Ibu bapa patut mengajar anak-anak mereka konsep `kerja untuk elaun' dalam tempoh ini. Cara ini mengajar kanak-kanak, apabila sampai ke satu tahap dalam hidup mereka, tidak ada lagi yang percuma.
Wang dibawa pulang oleh ibu dan bapa setiap bulan adalah hasil kerja keras mereka. Ibu bapa boleh mula menerapkan konsep sebegini dengan menggaji anak-anak melakukan kerja di sekitar rumah sewaktu cuti sekolah dan membayar gaji berpatutan.
Mereka akan menyedari nilai sebenar wang dan akan lebih berhemat sewaktu berbelanja.
Semai sikap terpuji
Ibu bapa bukan membesarkan anak; mereka membesarkan orang yang akan dewasa di masa hadapan. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu berhati-hati menyemai sikap terpuji dan memupuknya.
Jika tidak, pertumbuhannya akan terencat atau tidak menghasilkan `buah' yang diingini. Wang mungkin tidak tumbuh melata, tetapi usaha kita akan membuahkan hasil kepada anak-anak kita.