Remaja sekarang memang bijak berdandan dan bergaya mengikut peredaran fesyen terkini. Malah, ada yang cukup mahir dalam soal mekap dan penjagaan kecantikan diri. Namun dalam keghairahan untuk tampil cantik, ada sesetengahnya berani mencuba pelbagai gaya solekan sehingga kadangkala membuat mereka nampak lebih dewasa daripada usia sebenar.
Dalam usia muda begini, mekap yang sederhana dan paling minimum sudah cukup untuk menyerlahkan kecantikan dan kemanisan wajah remaja. Namun lebih penting ialah menjaga kesihatan kulit muka. Ramai pakar kulit berkata, untuk mempunyai kulit yang cantik dan sihat, penjagaannya perlu dimulakan dari usia remaja.
Namun kecantikan tidak seharusnya diukur pada wajah dan penampilan saja tetapi perlu lebih menyeluruh termasuk aspek kebersihan diri kerana ia memberi kesan langsung kepada kesihatan. Remaja yang sihat dan cergas nampak lebih cantik dan menarik.
Jadi bagaimana caranya untuk remaja tampil cantik dan menarik? Ada banyak cara antaranya:
Kulit
* Kulit remaja adalah sangat lembut dan `manja'.
Kalau anda tidak mempunyai masalah kulit seperti jerawat, tidak perlu hendak mencuba pelbagai produk pencerah kulit semata-mata mahukan kulit putih mulus dan gebu seperti yang terdapat dalam banyak iklan.
Warna kulit yang anda miliki itu adalah warna terbaik dan paling sesuai yang dianugerahkan Allah. Jadi tidak perlu bersusah payah dan pening kepala mengidamkan ton kulit yang lebih cerah.
* Bagi remaja yang aktif bersukan atau sering terbabit dalam aktiviti cergas, pakai krim atau losen pelindung sinar UV dengan kuasa perlindungan SPF 15 atau lebih yang bersesuaian dengan anda. Sinaran matahari terik boleh membuatkan masalah jerawat bertambah teruk selain menjadikan kulit jadi gelap.
* Cuci muka dua kali sehari sudah memadai. Gunakan air suam dan pencuci muka yang lembut sifatnya. Gosok muka perlahan-lahan dalam pergerakan membulat. Jangan gunakan penyental muka jika anda ada masalah jerawat kerana ia hanya memburukkan keadaan. Ketahui bahawa dengan mengambil wuduk kita secara tidak langsung mencuci muka lima kali sehari dengan cara yang lembut dan baik.
* Kalau ada jerawat, jangan dipicit. Memang anda akan rasa geram tetapi tahanlah perasaan itu. Memicit jerawat hanya memberi peluang nanah memasuki lapisan kulit yang lebih dalam dan membuatkan masalah bertambah teruk. Gunakan krim jerawat untuk mengatasi masalah anda. Sekiranya masalah ini semakin menjadi-jadi, minta ibu dan ayah membawa anda berjumpa pakar kulit.
* Elak menyentuh muka dengan tangan yang tidak dicuci.
* Jika mengenakan mekap, pastikan mekap ditanggalkan sebelum tidur. Beli jenama yang mempunyai label `noncome dogenic' (tidak membuatkan pori tersumbat) atau `non acnegenic' (tidak menyebabkan jerawat atau menjadikan ia bertambah teruk).
Rambut
* Berambut pendek atau panjang, terpulang kepada cita rasa masing-masing tetapi lebih penting ia mesti bersih dan kemas.
* Cuci rambut anda dua atau tiga hari sekali mengikut keperluan. Keringkan dengan mengelap rambut menggunakan tuala bersih secara perlahan-lahan. Kebanyakan remaja mempunyai rambut yang tebal dan mungkin mengambil masa untuk kering. Jadi jika anda berambut panjang dan memakai tudung, elakkan mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Elakkan juga mengikat rambut ketika ia masih lembap kerana tabiat ini boleh menyebabkan rambut rosak dan `berbuah' (ada biji halus pada helaian rambut).
* Jika menggunakan gel rambut, pilih yang tidak kalis air supaya ia mudah dicuci.
* Pada usia ini, kalau boleh elak daripada mewarnakan rambut walaupun ia nampak sangat menarik. Rambut yang hitam berkilau sebenarnya membuatkan anda kelihatan lebih manis dan muda.
Bibir
Kulit bibir kita jauh lebih sensitif berbanding kulit lain di seluruh badan. Masalah bibir kering, merekah dan berdarah selalu berlaku terutama pada remaja.
* Jangan melembapkan bibir dengan air liur kerana ia membuatkan bibir jadi lebih kering terutama dalam cuaca panas terik.
* Lembapkan bibir dengan salap atau pengilap bibir. Kini ada banyak jenama yang bersesuaian untuk remaja dan lebih menarik sesetengah pengilat atau salap bibir didatangkan dengan warna lembut.
* Jika kulit bibir kering dan menggelupas, jangan cuba menarik atau menanggalkannya. Minum banyak air untuk mengatasi masalah ini. Kulit yang menggelupas ini tanggal sendiri apabila badan anda mendapat bekalan air secukupnya.
Kuku
* Pastikan kuku kita sentiasa pendek dan bersih. Walaupun ada yang beranggapan berkuku panjang itu cantik tetapi hakikatnya ia mudah menyimpan kekotoran.
Ketahui bahawa tangan kita yang menyentuh pelbagai permukaan mempunyai banyak bakteria dan menjadi ejen paling cekap untuk memindahkan mikro organisma itu kepada orang lain.
* Cuci kuku dengan menggunakan berus lembut dan sabun.
* Jangan lupakan kuku kaki anda. Tiada yang lebih buruk daripada mempunyai kuku kaki yang panjang. Jadi, jangan cacatkan penampilan manis remaja dengan kuku kaki yang tidak terjaga.
Senarai di atas hanya sebahagian daripada banyak lagi panduan kecantikan asas untuk remaja. Lebih penting ialah anda perlu yakin dengan diri sendiri. Senyuman, pengetahuan dan keyakinan adalah kunci utama yang membuatkan seseorang itu tampak lebih cantik dan menarik.
~ Harian Metro