Home » » Panduan dan tip pemakanan sihat

Panduan dan tip pemakanan sihat

Amalkan gaya pemakanan sihat

Ramai beranggapan bahawa pemakanan sihat adalah pola pemakanan yang membosankan. Ada pula beranggapan mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membolehkan gaya pemakanan sihat diamalkan dalam keluarga mereka.

Anggapan ini kurang tepat kerana ikan yang berharga RM6 sekilogram lebih kurang sama khasiatnya dengan ikan dalam kategori mewah. Tidak ada pakar pemakanan yang menyatakan kita perlu makan hidangan daripada sumber mahal untuk hidup sihat. Makanan mahal tidak menjamin kesihatan yang baik. Yang penting, makanan yang disediakan perlulah daripada sumber yang halal, segar dan bersih, walaupun harganya murah.

Terdapat beberapa kaedah boleh dijadikan amalan keluarga untuk memupuk tabiat pemakanan sihat, iaitu:

* Mulakan hari anda dengan sarapan. Sarapan membekalkan tenaga untuk aktiviti pagi dan membolehkan otak berfi kir dengan aktif. Sarapan sepatutnya bersifat ringan dan ringkas seperti roti, sandwic atau bijirin sarapan pagi.

* Hidangkan susu dan jus buah bersama teh atau kopi. Susu bukan untuk bayi saja, tetapi khasiat susu, terutama kalsium, diperlukan semua peringkat umur, termasuk warga emas seperti wanita menopaus, untuk mengekalkan kesihatan tulang.

Gaya Hidup Sihat

* Pastikan anda sekeluarga makan secara tetap, iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sengaja meninggalkan satu hidangan boleh membuatkan anda berasa terlalu lapar dan terdorong makan lebih banyak.

* Jangan makan ketika menonton televisyen. Keasyikan menonton membuatkan kita tidak sedar makan terlalu banyak. Ia secara tidak langsung dapat melatih anak untuk berdisiplin dan hanya makan di meja makan.

* Hidangkan air masak ketika makan tengah hari dan malam. Minum segelas air sebelum makan membuatkan kita cepat kenyang dan kenyang lebih lama. Usah makan bersulam air kerana kajian mendapati tindakan ini `mencairkan' enzim pencernaan dalam perut yang secara tidak langsung menjejaskan kelancaran proses pencernaan.

* Elak menyediakan minuman manis kerana ini bukan tabiat baik. Kaedah ini untuk membendung pengambilan gula berlebihan yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kemudian hari.

* Hadkan makanan segera, gula-gula dan snek kerana ia mengandungi banyak lemak, garam dan gula tetapi rendah khasiat.

* Kurangkan kunjungan ke restoran makanan segera kepada sebulan sekali saja. Jangan jadikan ia sebagai alat memujuk anak kerana tindakan ini lama kelamaan akan menjadi sesuatu kebiasaan. Makanan segera tidak sepatutnya menggantikan hidangan berkhasiat yang boleh disediakan di rumah.

* Sediakan buah-buahan sebagai sajian pembuka selera atau pencuci mulut. Ada juga yang menyarankan buah-buahan diambil sebelum makan hidangan utama kerana kajian menunjukkan apabila seorang lapar, badan boleh menyerap khasiat makanan dengan baik. Malah, serat dalam buah-buahan membuatkan kita berasa lebih cepat kenyang dan mengurangkan kita mengambil nasi. Langkah ini baik dan boleh diamalkan untuk individu yang berusaha mengurangkan berat badan.

* Pelajari kaedah pengendalian dan penyediaan makanan yang baik. Utamakan kebersihan di dapur.

* Ajar anak mengenai pemakanan, khasiat dan keperluannya dalam hidup kita. Ajak anak membantu anda di dapur dan ini merupakan masa terbaik untuk memberi peluang mereka belajar mengenai `sains pemakanan'.





 
Chatroom