Home » » Makan tengah malam berisiko gemuk

Makan tengah malam berisiko gemuk

Makan tengah malam berisiko gemuk

Tabiat makan keterlaluan dan tanpa mengira masa menjadi punca pelbagai penyakit tegar, termasuk kegemukan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan lemak yang berlebihan dalam badan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Selain itu, mereka yang mengalami masalah obesiti tidak dapat menjalankan kehidupan sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk membataskan pergerakan mereka.

Alami tekanan perasaan

Mereka akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri, terutama dalam kalangan pelajar.

Kebanyakan rakyat di negara ini kurang berdisiplin dalam soal pengambilan makanan seperti makan secara berlebihan dan tidak peduli jika mengambilnya sebelum tidur. Mereka yang suka makan pada waktu malam, terutama jam 11 dan 12 malam berisiko gemuk.

Pengambilan makanan berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Malangnya kewujudan restoran 24 jam menjadi budaya baru yang menakutkan. Pada tengah malam pun masih ada yang menikmati hidangan tanpa peduli kesan terhadap kesihatan mereka.

Masalah obesiti perlu diatasi segera untuk mengelakkan kesan terhadap masalah kesihatan.

Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan seharian seperti cara memasak dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan mudah untuk dilakukan, namun ia akan berhasil jika dilakukan dengan kesabaran dan bersungguh-sungguh.

Oleh
Nurul Nadia Mat Salleh,
Tumpat

Sumber: Berita Harian



 
Chatroom