Home » » Asma dan bersenam/senaman

Asma dan bersenam/senaman

Senaman dan asma

Asma adalah penyakit berkaitan paru-paru yang lebih dikenali sebagai lelah atau semput. Lelah terjadi apabila saluran pernafasan terdedah kepada sesuatu yang menimbulkan keadaan yang merengsakan. Seseorang yang berhadapan dengan masalah ini akan menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Tanda penyakit asma termasuklah batuk, sesak dada dan kesukaran bernafas terutama pada waktu malam dan awal pagi. Penyebab utama disebabkan pencemaran asap rokok, pencemaran udara, jangkitan virus dan alahan kepada hama atau bulu kucing. Aktiviti fizikal keterlaluan mencetuskan kekejangan dan menyempitkan saluran udara.

Asma dan bersenam

Mengikut kajian, hanya lima hingga 10 peratus sahaja, mengalami asma disebabkan senaman. Serangan asma yang disebabkan senaman mungkin bermula ketika bersenam atau sejurus selepas senaman Ramai mengalami asma mengelakkan diri untuk bersenam. Mereka berpendapat tindakan itu mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Tanpa disedari seseorang yang menghidap asma boleh mendapat manfaat dengan senaman. Pergerakan senaman itu hendaklah dilakukan secara tepat supaya risiko serangan dapat dikurangkan secara berperingkat.

Bersenam secara sistematik

Langkah pertama, dapatkan penilaian perubatan secara teliti. Dapatkan kebenaran doktor sebelum memulakan sebarang program senaman.

Doktor anda mungkin memberi anda ubat untuk sentiasa membantu membuka saluran pernafasan anda ketika bersenam.

Sebagai contoh anda mungkin diminta mengambil albuterol (inhaler pendek bronkodilator) 15 minit sebelum senaman untuk mencegah gejala lelah sehingga kira-kira empat jam.

Sebaik menerima penjelasan doktor anda, pertimbangkan garis panduan senaman berikut:

Sentiasa pastikan ubat berdekatan dengan anda supaya dapat digunakan ketika serangan asma. Berhati-hati dengan tanda-tanda awal serangan asma seperti sesak nafas dan batuk.

Ambil lebih banyak masa untuk memanaskan badan sebelum bersenam. Ini dapat membantu mengekalkan saiz saluran udara yang normal.

Beri perhatian kepada persekitaran senaman anda. Elakkan pendedahan kepada habuk seperti pendebungaan dan pencemaran asap kenderaan dan pembakaran. Pastikan persekitaran tempat bersenam panas dan lembap.

Mempertimbangkan untuk menjalani latihan pada julat sasaran kadar jantung yang lebih rendah. Gabungkan latihan berintensiti tinggi secara berselang seli.

Ini penting untuk meminimumkan risiko serangan asma. Pilih senaman paling kurang risiko untuk mencetuskan serangan asma seperti berenang dan berlari atau berjalan ketika hujan mahupun sejuk.

Kekalkan jumlah air dalam badan secukupnya. Ini bertujuan mengurangkan pengumpulan lendir di dalam saluran pernafasan, bagi mengurangkan risiko serangan asma atau jangkitan pada bronkitis atau pneumonia.

Memaksimumkan pertukaran udara ketika pernafasan. Tarik nafas dalamdalam melalui hidung. Hembuskan melalui mulut, dengan setiap sedutan, anda perlu melihat atau merasa pengembangan pada perut anda.

Rehat apabila perlu dan prihatin dengan apa yang badan perlukan. Rehat seketika membantu anda bernafas dengan sempurna.

Pastikan pilihan anda

Asma tidak boleh dikaitkan dengan kehidupan yang tidak aktif. Selagi anda selesa dengan tahap aktiviti yang dijalankan, teruskan aktiviti itu.

Jurulatih bertauliah dan berpengalaman boleh membantu anda membentuk program senaman yang hanya sesuai untuk anda. Dapatkan bantuan pakar sebelum memulakan senaman. Jaga keselamatan serta kesihatan diri dan lakukan riadah secara sihat.



 
Chatroom