Banyak duduk buat badan jadi gemuk
Laporan media Washington menyatakan orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah, tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan.
Menurut penyelidik, makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis.
Hasil kajian Jurnal Perubatan Kanada itu menyatakan rakyat di negara yang meniru gaya hidup Barat perlu berhati-hati bagi mengelak bahaya kesihatan.
Penulis Scott Lear dari Universiti Simon Fraser berkata, dengan meningkatnya kemudahan di zaman moden ini seperti televisyen, kereta dan komputer, kadar obesiti dan kencing manis juga semakin meningkat di negara berpendapatan rendah dan sederhana sama seperti di negara berpendapatan tinggi sekali gus membawa kepada potensi masalah kesihatan.