Manfaat berenang kepada bayi
Kagum apabila melihat bayi berusia setahun sudah pandai berenang, malah mampu mengapungkan diri di air.
Namun, bayi yang mampu mengapungkan diri bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya ibu bapa tahu teknik yang betul mengajar anak mereka berenang sejak di awal usia.
Berenang memberi banyak manfaat kepada bayi, antaranya ia membolehkan pemikiran dan tumbesaran mereka lebih cepat daripada usia sebenar.
Mengajar bayi berenang akan menjadikan si kecil lebih matang daripada usia mereka kerana sudah pandai berdikari apabila berada di air mahupun di persekitaran lain.
Berenang bukan saja memberi manfaat kepada bayi ketika kecil, malah untuk masa hadapan mereka kerana ia turut menjadikan mereka lebih berani ketika berada dalam situasi kecemasan.
Aktiviti berenang ternyata satu persediaan paling penting perlu diajar kepada anak kerana ia boleh mematangkan diri dan boleh menangani pelbagai masalah apabila mereka menginjak dewasa.
Ini diakui pemilik dan jurulatih renang Ezi2swim, Latifah Mohamad yang berpengalaman sejak 10 tahun lalu melatih renang untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
"Berenang perlu didedahkan di awal usia kerana membantu bayi membesar dengan cepat dan menjadi lebih matang.
"Bayi yang belajar berenang juga berkembang dengan baik dari segi pemikiran berbanding bayi biasa.
"Ini disebabkan ketika berenang, bayi akan menggerakkan semua anggota badan iaitu tangan, kaki dan kepala yang mampu meningkatkan kemampuan pemikiran," katanya.
Katanya, mengajar bayi berenang amat mudah kerana mereka boleh menerima dan mengikut segala arahan sambil dipantau ibu bapa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Setiap kelas yang diadakan kepada bayi perlu bersama ibu bapa kerana mereka boleh mengawal emosi anak yang kadang-kadang dalam keadaan tidak baik. Selepas beberapa sesi pembelajaran saja, bayi sudah dapat berenang dengan sendiri.
Barangkali agak susah untuk mengajar bayi berenang, namun pendedahan awal akan menjadikan bayi mudah belajar dan menerima pembelajaran.
Ada ketika bayi tidak suka berada di dalam air kerana keadaan yang sejuk, namun hasil pujukan ibu bapa dan bimbingan tenaga pengajar, mereka akhirnya menjadi semakin seronok.
Menurutnya, bayi yang belajar berenang juga akan membesar dengan lebih baik dan sihat. Mereka mudah bergaul dan bersosial dengan orang di sekeliling kerana biasa berjumpa dengan kanak-kanak lain ketika sesi pembelajaran.
"Bayi yang biasa mendengar arahan melalui percakapan mampu meningkatkan kemampuan bercakap lebih tinggi. Ia amat baik kepada perkembangan mental dan fizikal bayi.
"Berenang menjadikan pemikiran bayi berkembang dengan cepat kerana mereka banyak menggerakkan badan ketika sesi pembelajaran," katanya.
Selain itu, pola tidur bayi juga menjadi lebih baik dan nyenyak kerana menggunakan tenaga ketika berenang serta tidak banyak menangis.
Sejak membuka kelas renang, lebih 10,000 orang sudah menerima latihan. Kebanyakan peserta yang menghadiri kelasnya sudah mampu berenang dalam masa beberapa bulan saja termasuk bayi.
Kelasnya diadakan hampir setiap hari manakala pada hujung minggu pula, bilangan pelajarnya bertambah.
Kelas renang yang diadakan di kolam renang Club House Mahkota Bangi dan Presint 16 Putrajaya itu membuka peluang kepada semua yang berminat.
Kelas berkenaan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi dan waktu petang pada jam 3 hingga 5 petang. Untuk maklumat lanjut, layari www.ezi2swim.com.
Antara manfaat berenang kepada bayi:
* Berenang dapat meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru bayi apabila si kecil itu sudah biasa dengan keadaan sejuk dan banyak bergerak.
Gerakan tangan dan kaki mendorong bayi menjadi lebih kuat serta menjadikan aliran darah ke jantung lancar. Berenang juga dikategorikan sebagai latihan aerobik di dalam air.
* Melatih pernafasan
Mereka yang mempunyai penyakit asma sangat digalakkan melakukan aktiviti ini kerana ia meningkatkan sistem kardiovaskular dan pernafasan.
Pernafasan menjadi lebih lancar dan panjang kerana terbiasa menahan nafas di dalam air.
* Membentuk otot
Ketika berenang, keseluruhan otot pada tubuh daripada kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang dan kaki akan bergerak.
Ketika bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan tenaga yang lebih besar kerana perlu `melawan' air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot tubuh.
* Membakar kalori
Ketika berenang, tubuh terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan menjadi lebih tinggi sehingga dapat membakar lemak sekitar 24 peratus.
Ini sekali gus membantu mengelakkan bayi mengalami masalah gemuk.
* Keselamatan diri ketika di dalam air
Berenang membuatkan bayi anda lebih selamat ketika berada di dalam air.
Ibu bapa juga tidak berasa bimbang sekiranya anak mereka berada di dalam air kerana si kecil ini boleh berdikari dan mengawal keadaan.
Selain bermanfaat kepada diri sendiri, mereka juga dapat membantu orang di sekeliling ketika berada dalam situasi kecemasan.
* Menghilangkan tekanan
Secara psikologi, berenang dapat membuatkan hati dan fikiran lebih tenang kerana gerakan yang dilakukan secara santai dan perlahan.
Ia mampu meningkatkan hormon endorfin yang membuatkan kita menjadi lebih ceria dan tenang.
~ HM