Home » » » Fobia Malam Pertama Sinopsis + Trailer

Fobia Malam Pertama Sinopsis + Trailer

Sinopsis Fobia Malam Pertama

Fobia Malam Pertama menceritakan tentang Zaty, pelajar sebuah kolej tempatan di Pulau Pinang yang fobia untuk bercinta.

Dia percaya dia akan mati ketika melahirkan anak akibat sumpahan terhadap keluarganya selepas moyang Zaty pernah membuat perjanjian dengan saka.

Mengikut kepercayaan keluarganya, saka berkenaan akan `mengambil nyawa' ahli keluarga wanita sebaik saja mereka melahirkan anak pertama. Ia akan berlaku selama tujuh keturunan. Sebelum itu, moyang, nenek dan juga ibu Zaty meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung masing-masing.

Disebabkan masalah pelik itu, ayah Zaty kerap menghantar anak perempuannya itu berjumpa dengan pakar sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan.

Zaty juga ada teman lelaki, Karim yang mencintainya dan meluahkan hasrat ingin memperisterikan wanita itu namun ditolak.

Sementara itu, Asraf pelajar di kolej sama baru pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun berada di Indonesia.

Ayahnya, Haji Kamaruddin pula ingin melihat dia berkahwin dengan seorang dara.

Walaupun Asraf kurang bersetuju dengan syarat ayahnya itu, dia tidak pula membantah. Suatu hari, rakan baiknya di kolej, Angah membuat hipnotis ke atas Zaty dan mendapat tahu gadis itu masih lagi dara.

Lalu, Asraf yang sudah ada teman wanita Indonesia bernama Maria cuba memikat Zaty. Hidup Maria yang sosial menyebabkan Asraf tidak menyukainya apatah lagi untuk dijadikan isteri.

Pada satu hari, Karim meninggal akibat kemalangan dan Zaty diburu rasa bersalah kerana tidak memberi peluang kepada lelaki itu.

Disebabkan itu, Zaty menjadi murung dan pada masa ini Asraf mengambil kesempatan untuk melamar wanita itu.

Zaty bersetuju namun selepas berkahwin dia cuba mengelak untuk mendampingi Asraf hingga memberikan suaminya minum ubat bagi melemah syahwat. Namun tidak lama selepas itu, Zaty tetap mengandung lalu dia menjadi fobia untuk melahirkan anak.


Pelakon Filem  Fobia Malam Pertama : Azad Jazmin, Syafnida Shyuhaimi dan bintang seksi Indonesia, Julia Perez.



 
Chatroom