Home » » Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

1. Barli - Barli mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan. Tumbuhan yang boleh dijadikan minuman dan bubur ini juga bertindak sebagai pencegah penyakit barah kulit, barah payudara dan menjaga kesihatan jantung. Hal ini demikian kerana barli kaya dengan antioksidan dan vitamin E.
barli


2. Kurma - Kurma terkenal sebagai makanan sunah kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Antaranya menguatkan daya ingatan dan mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Kurma juga penawar yang baik untuk masalah usus, insomia dan mengatasi masalah sembelit.

3. Anggur - Anggur ialah satu daripada makanan kegemaran Rasulullah SAW kerana mampu membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.

4. Madu - Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Baginda juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum mengambil apa-apa makanan pada waktu pagi. Amalan ini disukai Rasulullah kerana dapat menghilangkan lendir atau kahak, membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal dalam perut.

Selain itu madu juga berkhasiat untuk memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.



 
Chatroom