Home » » Khasiat daun semambu merawat jerawat

Khasiat daun semambu merawat jerawat

Khasiat daun semambu merawat jerawat

Sejak sekian lama, pokok semambu terkenal dengan keasliannya dalam menangani masalah kesihatan mengikut sistem perubatan tradisional tertua dunia, Ayurveda.

Percaya atau tidak, keseluruhan bahagian pokok semambu atau nama botaninya Azadirachta indica dikatakan mampu merawat keradangan, jangkitan, demam, masalah kulit dan gigi.

Malah, keberkesanan semambu sebagai alternatif perubatan terbukti dengan daun keringnya dihancurkan dan dikisar menjadi serbuk sebelum dicampur dengan air untuk digunakan bagi merawat jerawat dan membaiki tekstur kulit.

Contoh terdekat, tumbuhan ini mampu menjadi penyelesai dalam menangani masalah jerawat yang kononnya berpunca daripada tekanan, kotoran selain pemakanan, tetapi penyebab utama jerawat adalah ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan kelenjar minyak menghasilkan lebihan minyak.


Ketidakseimbangan hormon ini penyebab sesetengah remaja mengalami masalah jerawat terutama ketika akil baligh berikutan metabolisma hormon mengalami banyak perubahan.

Peningkatan minyak boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan dan bakteria boleh menyebabkan jangkitan yang meninggalkan parut.

Daun semambu yang menggabungkan ciri antiseptik, antiviral, antikulat, pembersih, antioksida dan antiradang, sesuai sebagai ramuan terbaik menentang masalah kulit terutama jerawat berikutan antioksidanya mampu bertindak ratusan kali lebih baik daripada brokoli, beri biru dan bahan antioksida semula jadi lain.

Justeru itu, bahan asli daripada tumbuhan ini dimanfaatkan Neem Himalaya untuk membantu menentang jerawat dan menanggalkan bintik degil menerusi tiga langkah mudah membabitkan produk Himalaya Purifying Neem Face Wash, Himalaya Purifying Neem Face Scrub dan Himalaya Neem Face Pack.

Himalaya Purifying Neem Face Wash adalah pembersih muka herba yang bebas buih dan menghilangkan kotoran, sekali gus mencegah jerawat. Pengguna boleh menggunakannya dua kali sehari dengan membasahkan muka dan urut ke seluruh muka sebelum dibilas dan dikeringkan.

Himalaya Purifying Neem Face Scrub pula diformula secara khusus untuk membebaskan kulit muka daripada masalah dengan fungsi dwitindakan iaitu pengelupasan dan pembersih.




 
Chatroom