Cara mengelak perut boroi/buncit
Pelbagai senaman
TUBUH kamu akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berulang kali. Untuk meningkatkan kadar stamina, kamu perlu mempelbagaikan jenis senaman seperti latihan kardiovaskular dan menguatkan otot abdomen meliputi aspek berlari dan push up, menaiki tangga dan berjalan kaki sama ada di pejabat ataupun rumah.
Perhati nutrisi
MEMBACA terlebih dahulu label pada makanan yang hendak dibeli adalah penting. Jauhi membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya nikmati makanan yang memiliki serat tinggi serta segar termasuk buah dan sayur, sekurang-kurangnya 3gram (gm) di dalam diet anda.
Pilih kawan
MALAYSIA terkenal dengan sajian makanan yang mampu menggugat selera kamu kerana keenakannya. Maka, kamu perlu mencari kawan yang mempunyai cita-cita sama kerana ia akan memberi motivasi tambahan, selain bersemangat untuk bersaing secara sihat.
Reka sajian
MEMASAK sendiri pastinya lebih berkhasiat dan sihat. Kamu digalakkan memasak dengan cara gril, bakar atau kukus berbanding kaedah menggoreng. Masak dengan menggunakan minyak zaitun atau jagung yang lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa sawit jika memiliki bajet lebih.
Gantikan snek harian daripada kuih muih dengan menguyah lobak merah atau batang seleri. Jika berasa loya, hidangkannya bersama roti atau yogurt!.